Bergelandangan Selepas Kehilagan Datuk Dari Usia 12 Hingga 13 Tahun, Rupanya Bukan Orang Biasa-biasa


Ingatkan sebatang kara, rupanya ada pakcik makcik lagi. Rumah pusaka pun sebenarnya atuknya letak nama diašŸ˜¢


Semalam  …


Kak Pah dihubungi oleh IPD Kuala Muda. Sarjan Puan Nora dan team hendak turun bertemu Kak Pah utk menyelesaikan masalah seorang remaja yatim piatu yang berusia 13 tahun.


Sejak kecil dia dijaga oleh  datuk dan nenek. Nenek pergi terlebih dahulu dan sejak it , dia dijaga datuk. Setelah kematian datuk  .. dia tinggal sendirian di rumah pusaka itu.  


Selain arwah bapanya, datuk dan nenek mempunyai seorang lagi anak kandung lelaki dan seorang lagi anak angkat perempuan.


Tapi … bapa saudara kandung tidak dpt menjaga dia . Jadi … setelah datuk pergi, dia tinggal sendirian. Setahun lamanya dia hidup sendiri. Bayangkan … dlm usia 12 tahun .. dia hidup sendiri sehinggalah ke usia 13 thn …


Sebulan yg lalu .. dia dibawa keluar oleh ibu saudara angkatnya  dari Melaka dan dibawa ke sana.Pada awalnya .. dia sangka ibu saudara angkat hendak menjaga dia tapi rupanya di dihantar ke satu tempat dan dia tidak disekolahkan spt yg dijanjikan.


Sebulan di tempat tersebut .. dia keluar dan pergi ke balai polis. Polislah yang membeli tiket bas yg membawa dia pulang ke Sg Petani. Sebaik sampai di Sg Petani .. tentulah dia menuju ke rumah pusaka tinggalan datuknya.Malangnya rumah tersebut telah disewakan kepada warga Indonesia. 


Dia memaklumkan tentang  keadaan dia kepada bapa saudara kandungnya. Bapa saudara kandungnya mengurus dan menyewa sebuah homestay utk dia tinggal selama seminggu. 


Bapa saudaranya tidak dpt datang bertemu dia  kerana berada di Brunei. Seminggu di homestay … dia dihalau keluar kerana tempoh sewaan telah berkahir. Sekali lagi dia datang ke balai polis kerana tiada hala tuju dan tempat tinggal.Begitulah cerita yg dimaklumkan kepada Kak Pah …


“ Hairan .. mcm mana budak semuda dia boleh survive sendiri selama setahun. Boleh terfikir hendak ke balai utk meminta bantuan"

Itu menjadi tanda tanya Kak Pah dan PDRM sendiri …  

“ Tok wan saya dulu pencen polis … “

Tercengang kami semua …

“ Ooo patutlah …"


Setelah berakhir sesi soal jawab … dia membawa PDRM dan Kak Pah ke rumah pusakanya. Sangka kami … rumah kos rendah atau rumah kampung saja. Namun demi sampai saja ke rumah itu .. kami terkejut melihat rumah yg cantik itu dibiarkan terbuka pintunya manakala pagar pula berkunci.


Barangkali .. penyewa telah berpindah sebaik dia menghubungi bapa saudaranya seminggu yg lalu.


Melihat ada polis di depan rumah .. jiran sebelah, seorang lelaki cina lanjut usia keluar dan mendatangi kami ..

   “ Uncle .. kenal dak dia ?"

    “ Kenal laaa .. Dia duduk sini dulu sama dia punya datuk  !"

Setelah identiti pertamanya disahkan, seorang anggota memanjat pagar dan mengumpil mangga.


Kami pun masuk ke dalam rumah yang dulunya cantik tapi kini terbiar usang.Rumah itu kosong tanpa sebarang perabot lagi. Hanya sampah-sampah tinggalan penyewa indonesia.Kami menemui beberapa maklumat penting di sana …


“Ni gambar arwah tok wan saya !"

Dia menghulurkan sebuah frem gambar. Dan saja menatap gambar tersebut .. maka terbongkarlah satu lagi pengesahan identitinya …


 “ Datuk dia bukan polis biasa ni  …."

 Yaa .. menatap gambar itu, datuknya mmg bukan polis biasa. Lalu ..kami menemui satu lagi kunci tentang  ttg identitinya…


Dia juga menguasai lima bahasa. Cina, pakistan, india, melayu dan inggeris.  Sayangnya .. hidupnya berubah setelah kematian datuk dan neneknya. Berdarah kacukan .. mungkin itu salah satu punca mengapa tiada yg menjaga dia. Kami temui juga pasport antarabangsanya yg mana dia pernah terbang ke India.


Kesimpulannya .. anak ini asalnya dulu hidup senang. Datang dari keluarga yg berada. Tapi kematian datuk dan nenek menyebabkan dia sebatang kara. 


Buat sementara ..  dia ditempatkan di bawah jagaan Kak Pah sementara menunggu kedatangan bapa saudaranya utk menjawab segala persoalan yg timbul ttg dia …

Sumber: FB Natipah Abu