Bantuan Tunai RM250 Yang Akan Diberikan Pada 17 Januari 2023 | Semak Sekarang!

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan

Berikut adalah bantuan RM250 yang akan diberikan pada 16 Januari 2023


Tekad utama kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini adalah membantu meringankan beban rakyat.  


"Saya tegaskan bahawa tekad utama pentadbiran ketika ini adalah usaha membantu meringankan beban hidup rakyat," katanya.


Salah satu dari bentuk bantuan yang akan diberikan adalah bantuan untuk pesawah padi ini.


Bantuan Khas dari Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) yang berjumlah RM10 juta bagi tahun 2022 dan ditambah RM60 juta pada tahun 2023, ini bakal disalurkan secara berperingkat kepada pesawah padi 


Bantuan Tunai Bernas


Bantuan ini telah diumumkan sendiri oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), YB Tuan Haji Mohamad Sabu melalui kenyataan rasminya pada 31 Disember 2022 yang lalu.


Padiberas Nasional Berhad BERNAS telah bersetuju dengan permintaan dari YAB Perdana Menteri Datu Sri Anwar Ibrahim supaya menyediakan peruntukan sebanyak RM60 juta bagi membantu pesawah di seluruh negara.


Terlebih dahulu bantuan khas BERNAS sebanyak RM10 juta bagi tahun 2022 ini akan diberikan kepada tiga buah negeri di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.


Manakala pesawah di negeri-negeri lain akan menerima baki apabila bantuan khas BERNAS berjumlah RM50 juta telah disalurkan pada awal tahun 2023 kelak.


Jumlah Bantuan


Bantuan BERNAS ini akan diberikan sebanyak RM250 kepada setiap pesawah.