Bantuan Tunai Rakyat BTR Kategori Keluarga RM300 Dibayar Pada Bulan Ini | Semak Sekarang

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan


Berita baik untuk seluruh rakyat Malaysia, Bantuan Tunai Rakyat BTR akan disalurkan tidak lama lagi. Apa itu bantuan BTR? Semak maklumat lanjut bantuan tunai rakyat dibawah. 


Bantuan Tunai Rakyat BTR 2023 adalah merupakan inisiatif baru yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.  


Perkara ini dimaklumkan pada sidang mesyuarat pertama, penggal pertama parlimen ke 15 di dewan rakyat bagi membantu golongan sasar.


Bantuan Tunai Rakyat 2023


Untuk makluman rakyat Malaysia, Bantuan Tunai Rakyat 2023 atau BTR adalah inisiatif yang bebentuk bantuan tunai kewangan tahunan disediakan oleh pihak kerajaan bagi membantu kumpulan rakyat yang kurang bernasib baik.


Bantuan BTR ini juga sama seperti bantuan tunai sebelum ini seperti BSH, BPR dan BKM. Program insentif ini telah diberikan oleh kerajaan pada setiap tahun namun dengan jumlah kadar bantuan yang berbeza.


Jumlah Bayaran BTR


Untuk makluman, jumlah keseluruhan bantuan tunai rakyat ini belum diumumkan. Namun bagi bayaran fasa 1 BTR telah di nyatakan akan mula disalurkan pada awal bulan Januari 2023. Terdapat 2 kategori yang akan terlibat dalam pembayaran fasa 1 BTR iaitu: 


  • Keluarga RM300

  • Bujang RM100


Bantuan ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 9 juta penerima  dengan peruntukan berjumlah RM 2 bilion rakyat Malaysia.


Tarikh Bayaran BTR Fasa 1


Bagi Bantuan Tunai Rakyat BTR ini sepatutnya disalurkan pada bulan Mac 2023 akan datang. Namun disebabkan oleh faktor ekonomi yang tidak stabil dan keadaan banjir di banyak negeri dalam Negara, pihak kerajaan telah bersetuju untuk mempercepatkan pembayaran bantuan BTR. 


Bantuan khas ini akan diberikan pada bulan Januari 2023 (Fasa 1) kepada yang berkelayakan.


Segala maklumat berkenaan tarikh bayaran fasa 1 BTR ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.


Semakan & Permohonan


Untuk semakan dan permohonan, pihak kerajaan tidak membuka sebarang website untuk membuat semakan dan permohonan.


Oleh itu, anda masih lagi boleh membuat semakan di sini https://bkm.hasil.gov.my/