Bantuan Tunai Rakyat BTR Kategori Keluarga RM300 Diawalkan

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan

Bayaran Bantuan Tunai Rakyat 2023 Fasa 1 diterus dan diawalkan pada Januari ini.

 

Perkara itu diumumkan melalui Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat – 20 Disember 2022.

 

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Tunai Rakyat 2023 untuk makluman bersama.

 

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menghadiri Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 di Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur, 19 Disember 2022. 


Apakah Bantuan Tunai Rakyat 2023 (BTR 2023)?


BTR 2023 adalah bantuan tahunan yang diperuntukkan oleh Kerajaan kepada rakyat, di mana sebelum ini dikenali sebagai BSH, BPN, BPR dan BKM.


Bantuan tunai yang dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu akan diteruskan dan disegerakan pada bulan Januari ketimbang bulan Mac tahun depan mengambilkira beban yang ditanggung rakyat saat ini dan keperluan musim tengkujuh.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan tunai tahun 2023 nanti akan memanfaatkan hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan berjumlah RM2 bilion.


Bantuan Tunai Rakyat itu sebelum ini dijadualkan akan diberikan pada Mac 2023 namun selepas melihat keadaan rakyat, Kerajaan bersetuju untuk memberikan pada Januari tahun 2023 nanti.


Jumlah BTR Kategori Keluarga


RM300 untuk setiap keluarga dan RM100 untuk golongan bujang.