Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS) Berita gembira untuk rakyat Malaysia, mulai tahun 2023, insentif khusus untuk golongan kurang Upaya (OKU) dan warga emas yang menetap di negeri Selangor telah ditambah baik dan ditingkatkan.
Ini selaras dengan matlamat kerajaan negeri yang mengutamakan kebajikan untuk dua golongan yang memerlukan ini.
Antara usaha kerajaan negeri Selangor dalam membantu dua golongan istimewa iaitu warga emas dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) adalah dengan memberikan mereka baucar membeli-belah yang telah ditingkatkan bernilai RM 150 sebelum ini adalah RM 100 untuk setiap tahun serta khairat kematian bernilai RM 500 menerusi Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS).
Satu lagi pembaharuan yang dilakukan pada tahun ini ialah waktu penerimaan baucar. Sebelum ini, mereka menerima baucar beli belah pada bulan kelahiran. Bermula tahun 2023, baucar boleh diambil pada bila-bila masa sepanjang tahun.
Syarat Kelayakan
Insentif ini ditawarkan kepada pemohon yang menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
Skim Mesra Usia Emas (SMUE)
Warganegara Malaysia; DAN
Berumur 60 tahun dan ke atas; DAN
Masih hidup atau meninggal dunia bermula 1 Januari 2021 (permohonan perlu dilakukan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian); DAN
Lahir di negeri Selangor atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974 ATAU** Lahir di luar Negeri Selangor dan bermastautin di negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun DAN
Beralamatkan di Selangor dalam kad pengenalan; DAN
Sedang menetap di negeri Selangor; DAN
Pengundi berdaftar di Selangor semasa pendaftaran dibuat.
Skim Mesra Insan Istimewa Selangor (SMIS)
Warganegara Malaysia; DAN
Tiada had umur; DAN
Pemegang kad OKU JKM; DAN
Masih hidup atau meninggal dunia (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian); DAN
Sedang menetap di negeri Selangor; DAN
Pemohon berusia 18 tahun ke atas mestilah pengundi di Selangor semasa pendaftaran dibuat; ATAU
Bagi pemohon berusia di bawah 18 tahun, ibu/bapa/penjaga mestilah merupakan pengundi di Selangor semasa pendaftaran dibuat.
Cara Semak Kelayakan & Buat Permohonan Baharu Skim Mesra Insan Istimewa
Untuk semak kelayakan bagi penerimaan skim ini, anda boleh lakukannya di pautan di bawah dengan memasukkan nombor Kad Pengenalan dan klik semak :
https://smue.yawas.my/admin/online_semakan.php
Sekiranya nama anda belum didaftarkan dan anda menepati syarat-syarat kelayakan seperti yang dinyatakan di atas, sila buat permohonan secara atas talian melalui pautan berikut :