Bantuan RM200 Untuk Bayi Yang Baru Lahir | Semak Dan Mohon Sekarang!


Tekad utama kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini adalah membantu meringankan beban rakyat. 


"Saya tegaskan bahawa tekad utama pentadbiran ketika ini adalah usaha membantu meringankan beban hidup rakyat," katanya.


Oleh itu, pelbagai bantuan telah dikelola khas untuk rakyat dari pihak kerajaan mahu pun dari kerajaan negeri.


Berikut bantuan RM200 untuk bayi yang baru lahir:


Tujuan Bantuan


Bagi memberi kesedaran dan menggalakkan rakyat supaya membuat simpanan bagi kegunaan anak-anak apabila melanjutkan pengajian di universiti.

Mendidik kita agar tidak terlalu bergantung kepada skim pinjaman pengajian tinggi.

Bagi mengurangkan tanggungan beban hutang pendidikan yang tinggi di kemudian hari.


Kadar Bayaran Bantuan


Kerajaan Negeri Perak melalui Yayasan Perak memperuntukkan sebanyak RM200 kepada bayi kelahiran Negeri Perak mulai tahun 2010.


Syarat Permohonan


  1. Warganegara Malaysia dan kelahiran  Negeri Perak bermula pada 1 Januari 2010.

  2. Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak atau

  3. Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak tetapi  SEDANG  beralamat di luar Negeri Perak dan TELAH bermastautin di Negeri Perak lebih 10 tahun, — SURAT PENGESAHAN BERMASTAUTIN DI NEGERI PERAK LEBIH 10 TAHUN dari Penghulu Mukim / Ketua Kampung diperlukan atau

  4. Ibu atau bapa kelahiran LUAR Negeri Perak dan TELAH  bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun — SURAT PENGESAHAN BERMASTAUTIN DI NEGERI PERAK LEBIH 10 TAHUN dari Penghulu Mukim / Ketua Kampung diperlukan atau

  5. Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak tetapi ANAK LAHIR DI DAERAH YANG BERSEMPADAN dengan Negeri Perak (Hospital Bersalin terletak di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor) – SURAT PENGESAHAN BERMASTAUTIN DI NEGERI PERAK dari Penghulu Mukim / Ketua Kampung diperlukan.


Cara Permohonan Tabung Simpanan Anak Perak 2022


Borang permohonan boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Cawangan PTPTN Negeri Perak, Pejabat Pusat Khidmat ADUN atau dicetak di laman web Yayasan Perak di www.yayasanperak.gov.my


Maklumat Lanjut


Sebarang pertanyaan lanjut atau maklumbalas boleh dibuat melalui:


  1. Emel ke admin@yayasanperak.com.my atau 

  2. Aduan ke aduan@yayasanperak.com.my atau

  3. Whatsapp Rasmi +60 13 434 5300

  4. Maklumbalas di laman web Yayasan Perak  ruangan >>Maklum Balas.

  5. Melalui Media Sosial Yayasan Perak (Facebook di Yayasan Perak – Rasmi, Instagram @YayasanPerak, Twitter @YayasanPerak