Berita baik, khas untuk suri rumah di negara ini anda layak untuk menerima insentif sebanyak RM200 secara one-off.
Untuk makluman anda, bantuan ini dikenali sebagai skim Cakna Suri yang disediakan oleh kerajaan Negeri. Kepada suri rumah yang ingin mendapat manfaat bantuan ini, permohonan kini boleh dilakukan.
Berikut adalah cara untuk membuat permohonan:
Skim Cakna Suri 2023
Program bantuan Cakna Suri ini mula diperkenalkan sejak tahun 2020 lagi. Kerana dilihat masi lagi relevan pihak kerajaan bersetuju untuk meneruskan lagi bantuan ini. Ianya jugak sebagai tanda pengahargaan dari kerajaan negeri terhadap suri rumah.
Tarikh Permohonan
Untuk permohonan bantuan Cakna Suri RM200 masih dibuka sehingga kini. Bagi tarikh tutupnya pula akan berakhir pada :
31 JANUARI 2023 (Selasa)
Syarat Kelayakan
Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan :
Warganegara Malaysia yang menetap di Negeri Kelantan
Pemohon merupakan golongan suri rumah sepenuh masa yang berumur 54 tahun dan kebawah
Mempunyai tanggungan anak seramai 2 orang keatas
Pemohon merupakan rakyat negeri Kelantan
Pendapatan bulanan isi rumah dibawah RM2,000.
Nota : Untuk makluman, bantuan skim cakna suri ini khas untuk rakyat negeri Kelantan sahaja. Kepada suri rumah yang menetap di negeri Kelantan, anda boleh mendapatkan insentif khas ini.
Cara Memohon Cakna Suri
Bagi golongan suri rumah yang menepati syarat-syarat kelayakan diatas, pemohon perlu mengisi maklumat lengkap di dalam borang permohonan skim Cakna Suri 2023.
Borang permohonan boleh dimuat turun melalui pautan di bawah :
Pemohon juga perlu menyertakan lampiran salinan kad pengenalan dan pengesahan nombor akaun. Selepas borang permohonan telah lengkap di isi, borang tersebut berserta dokumen penting perlu dihantar secara pos atau serah terus ke alamat dibawah.
Pusat Pembangunan Keluarga Mawaddah Kelantan (Mawaddah Centre),
Stesen Bas Kota Bharu, Lot 259, Seksyen 11,
Jalan Pendek, 15000 Kota Bharu.