Bantuan Musim Tengkujuh BMT RM800 Januari 2023, Semak Senarai Penerima


Mugkin ramai diantara kita yang menantikan bantuan kewangan dari kerajaan, ini berita gembira buat anda kerana masih terdapat beberapa pakej bantuan kewangan yang akan disalurkan oleh pihak yang Kerajaan.


Di masa-masa yang sukar ini terdapat banyak jenis bantuan yang telah diumumkan, bukan sahaja Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kerajaan telah menambahbaik dan meluluskan pelbagai pakej bantuan kewangan yang merangkumi semua kategori.


Salah satu daripadanya adalah bantuan BMT yang dinaikkan yang mungkin ramai tidak tahu, namun mereka layak mendapatkannya.


Senarai Penerima


Berikut adalah dua kategori dengan syarat kelayakan yang berbeza. Ini adalah penerangannya secara lebih terperinci:


1. Syarat Kelayakan Bagi Pekebun Kecil RISDA


  • Warganegara Malaysia

  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA

  • Keluasan 0.1 hektar sehingga 2.5 hektar

  • Pemilik tanah yang sah

  • Seorang penerima sahaja untuk 1 lot tanah


2. Syarat Kelayakan Bagi Penoreh Bukan Pemilik


  • Warganegara Malaysia

  • Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA

  • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar

  • Pengesahan pemilik tanah yang sah

  • Seorang penerima sahaja untuk 1 lot

  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah


Kadar Bantuan BMT


Jumlah bantuan yang diberikan adalah RM800 berbanding sebelum ini RM600 sahaja. Bantuan ini akan dibayar sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh 4 bulan


Untuk kaedah pembayaran, ia akan dilakukan secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh penerima semasa permohonan dibuat.


Namun begitu, nombor akaun Tabung Haji dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) tidak boleh digunakan untuk tujuan pembayaran bantuan ini.


Maklumat lanjut berkenaan BMT boleh dirujuk DI SINI, manakala semakan kelulusan pula boleh dibuat secara atas talian DI SINI.