Bantuan Lesen Memandu Tahun 2023 Untuk Rakyat Malaysia

PELUANG KERJAYA
0
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan

Dalam usaha membantu belia B40 yang sedang dan akan menjana pendapatan melalui perkhidmatan membawa penumpang seperti teksi, bas dan e-hailing.


Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz ketika membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat yang lalu berkata kerajaan bersetuju untuk menanggung bayaran lesen di bawah program MyPSV serta bayaran lesen memandu motosikal kelas B2.


"Kerajaan juga bersetuju untuk menanggung bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2 (bagi golongan B40).


Bantuan Lesen Memandu Untuk Rakyat Malaysia


Bantuan lesen memandu ini telah diperkenalkan oleh kerajaan ketika pembentangan bajet 2023 yang lalu, bantuan ini juga dikenali sebagai bantuan MyPSV.


Bantuan ini diberikan khas kepada gologan belia B40 yang sedang atau akan menjana pendapatan melalui perkhidmatan membawa penumpang seperti teksi, bas dan e-hailing.


Selain dapat membantu golongan belia B40, kerajaan juga dapat meningkatkan perkembangan ekonomi dari aspek pengangkutan awam.


Jenis Insentif Bantuan MyPSV


Fokus utama kerajaan untuk bantuan ini adalah untuk membantu gologan belia yang jugak penentu masa depan negara bagi merancakkan pengekonomian jangka masa panjang, iaitu dari segi penggangkutan awam.


Dengan itu, kerajaan bersetuju untuk menanggung kos bayaran untuk mendapat lesen memandu bagi kategori lesen:


  • Teksi

  • Bas

  • E-hailing


Diharapkan kerajaan akan melaksanakan secepatnya bantuan untuk belia ini agar dapat membantu golongan ini, menjana pendapatan dari perkhidmatan membawa penumpang.


Sama-sama kita nantikan pelancaran bantuan ini pada tahun hadapan, oleh itu jangan ketinggalan untuk menjadi yang terawal memohon bantuan ini kelak. Kami akan kemaskini informasi mengenai bantuan-bantuan kerajaan dari masa kesemasa.

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !