Bantuan Anak Pelihara RM500 Sebulan, Rujuk Cara Memohon & Syarat Kelayakan
Untuk makluman semua, sebelum ini Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah banyak melaksanakan bantuan yang dapat meringkan beban seharian golongan yang memerlukan. Salah satu daripada bantuan tersebuat adalah Bantuan Anak Pelihara (BAP)
Oleh itu, sebelum anda memohon Bantuan Anak Pelihara (BAP) ini, anda mestilah memastikan anak yang anda pelihara itu memenuhi semua syarat yang ditetapkan sebelum layak menerima bantuan ini.
Berikut merupakan Syarat Kelayakan Bantuan Anak Pelihara (BAP) :
Bantuan Anak Pelihara (BAP)
Tujuan utama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaksanakan Bantuan Anak Pelihara (BAP) ini adalah untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim piatu/yatim, tiada saudara mara untuk terus hidup dan harus hidup bersama keluarga angkat.
Selain itu, bantuan ini juga adalah bertujuan untuk mengurangkan beban tanggungan keluarga pelihara yang menjaga anak pelihara seperti anak sendiri.
Syarat Kelayakan Bantuan Anak Pelihara (BAP)
Untuk mendapatkan Bantuan ini, anda harus memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Berikut merupakan syarat yang ditetapkan sebelum layak memohon Bantuan Anak Pelihara (BAP):
Anak pelihara berumur kurang daripada 18 tahun
Anak pelihara yang tidak mempunyai ibu bapa
Kanak-kanak yang bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 ATAU Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952
Kanak-kanak yang tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui :
Kanak-kanak yang diambil dari "Program Anak Pelihara" yang dikendalikan oleh JKM
Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah bagi Kanak-kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.
Kadar Bantuan Anak Pelihara (BAP)
Berikut merupakan jumlah bantuan yang diperuntukkan kepada anak pelihara :
RM250 Sebulan - Seorang
RM500 Sebulan - Memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih
Cara Mohon Bantuan Anak Pelihara (BAP)
Untuk makluman anda, Setiap dari permohonan anda akan dijalankan siasatan penilaian (means-tested) bagi bertujuan untuk mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
Untuk memudahkan urusan, berikut merupakan dokumen sokongan yang perlu dibawa semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian :
Salinan kad pengenalan (IC) pemohon
Salinan kad pengenalan (IC) suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
Salinan slip gaji (jika ada)
Dokumen yang berkaitan :
NOTA : borang berkaitan di atas harus di isi dengan lengkap dan dibawa semasa hadir ke pejabat kebajikan masyarakat daerah / jajahan / bahagian
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Bantuan Anak Pelihara (BAP), anda boleh rujuk kepada :
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9 - 18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya,
Telefon : 03- 8000 8000
Email : Maklum Balas (SISPAA)
nazmenarizaki04@gmail.com
ReplyDelete1000
ReplyDelete