Bakul Rahmah Bantuan Barang Keperluan Untuk Golongan B40

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) 2023

Program Bakul Rahmah yang berkonsepkan kongsi rezeki bukan bersifat 'one off' namun sebaliknya bantuan diberikan kepada golongan B40 paling terkesan secara bulanan.


Inisiatif terbaharu yang dikelola oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) itu adalah bantuan berupa barangan keperluan asas diantaranya minyak masak, tepung, gula dan beras.


Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata program itu adalah membabitkan kerjasama dengan beberapa pemain industri peruncitan.


"Sebagai produk dan jenama baharu kementerian, Bakul Rahmah iaitu bakul kasih sayang, fokus kita adalah kepada golongan B40 paling bawah sekali, seperti keluarga yang ada pesakit kronik, ibu tunggal dan mereka yang benar-benar memerlukan.


"Ia membabitkan beberapa program yang akan saya bincang secara teliti dengan pemegang taruh seperti Speedmart, Mydin, NSK, Giant yang semua mereka ini ada program kebajikan tersendiri yang akan saya selaraskan," katanya


Semalam, Salahuddin menerusi perkongsian di Facebook telah memaklumkan yang beliau mengadakan pertemuan dengan pemain industri peruncitan untuk menjayakan inisiatif baharu untuk membantu rakyat memerlukan.


Inisiatif itu dikenali sebagai Bakul Rahmah yang khusus untuk membantu masyarakat membabitkan golongan B40.


Salahuddin turut berkata, program terbabit lebih kepada konsep tanggungjawab sosial korporat dan ia tidak membabitkan implikasi kewangan kerajaan.


"Ini sama seperti konsep kongsi rezeki, yang senang kongsi rezeki dengan yang susah. Walaupun sedikit, ini adalah semangat untuk kita mendepani isu kos sara hidup, walaupun kecil, sangat bermakna kepada golongan ini.


"Saya akan cuba melancarkan program ini sebelum tempoh 100 hari saya memasuki pejabat," katanya. -- BeritaHarian