Portal mySIKAP kita boleh renew lesen JPJ online dan melakukan banyak lagi transaksi secara dalam talian untuk urusan melibatkan kenderaan motor dan pelesenan pemandu.
Antara transaksi yang boleh dilakukan secara online di Portal MySIKAP adalah seperti berikut :-
Kenderaan
memperbaharui dan membatalkan lesen kenderaan motor (LKM),
memohon atau membatalkan kenderaan anda sementara waktu,
pindah milik sukarela,
membatalkan pendaftaran kenderaan untuk berpindah ke negara lain serta
kemaskini atau memohon untuk memperolehi pek maklumat kenderaan.
Lesen Memandu
Pembaharuan lesen boleh dilaksanakan di portal mySIKAP serta permohonan lain seperti permit memandu antarabangsa,
rayuan bagi lesen memandu tamat tempoh,
penukaran lesen dari asing / tentera atau anggota polis kepada lesen memandu Malaysia,
kemaskini alamat dan penambahan kelas atau permintaan untuk maklumat lesen memandu penuh anda.
Kesalahan dan Penalti
Semakan boleh dilakukan bagi saman/notis serta penalti kenderaan anda dan seterusnya pembayaran atas talian.
Selain itu, semakan-semakan lain yang boleh dilakukan adalah status kenderaan (senarai hitam atau dirampas), mata KEJARA dan tempoh penggantungan lesen.
Pengurusan Profil
Pengemaskinian butir-butir peribadi anda dan menukar kata laluan.
Perkhidmatan Lain
Permohonan pendaftaran kereta klasik dan vintaj,
kemalangan dan kelulusan membaiki serta rayuan jika gagal pemeriksaan PUSPAKOM.
Untuk pendaftaran kali pertama, orang awam boleh mendaftar sebagai pengguna Standard tanpa perlu hadir ke JPJ.
Di sini kami kongsikan langkah selanjutnya dengan mudah untuk renew lesen JPJ online di Portal MySikap.
Cara Daftar MySikap Untuk Pengguna Kali Pertama
Terdapat 2 jenis pengguna iaitu eID Standard dan eID Advanced.
eID Standard:
Tak perlu pengesahan biometrik (cap jari) dan hanya urusniaga tertentu sahaja boleh dilakukan. TIDAK perlu hadir ke JPJ untuk daftar
Boleh menggunakan 27 daripada 38 perkhidmatan di Portal JPJ Online.
eID Advance:
Perlu pengesahan biometrik (cap jari) dan semua urusniaga yang tersenarai boleh dilakukan. PERLU hadir ke JPJ termasuk JPJ UTC untuk mendapatkan no rujukan.
Boleh menggunakan kesemua 38 perkhidmatan di Portal JPJ Online.
Tapi jangan risau, setakat urusan yang biasa-biasa contohnya nak renew lesen JPJ online (Lesen Memandu), roadtax (Lesen Kenderaan Motor), tempah no plate kenderaan (Tempah Nombor Pendaftaran), semuanya boleh dilakukan oleh pengguna eID Standard.
Di bawah ni senarai perkhidmatan yang boleh dilakukan oleh pengguna Standard vs Advance.
NOTA: Jika ingin menjadikan ID tersebut menjadi eID Advance, pelanggan (user) harus hadir ke mana-mana Kaunter JPJ Malaysia.
Langkah-langkah Pendaftaran
Layari laman web https://public.jpj.gov.my/
Isikan butiran yang bertanda * sahaja
Masukkan kod sekuriti yang dipaparkan
Klik Teruskan
Semak dan sahkan maklumat yang telah dihantar.
Klik Teruskan.
Notifikasi Pengesahan Pendaftaran akan dipaparkan.
ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan.
Rujuk Gambar Di Bawah iaitu Cara Pendaftaran
Pengguna yang telah berjaya mendaftarkan (untuk pendaftaran peribadi) atau mengesahkan (untuk pendaftaran syarikat) profilnya di dalam mySIKAP akan menerima e-mel pengesahan yang mengandungi maklumat ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara.
Kita bolehlah gunakan maklumat ini untuk login ke laman web JPJ online.
Di bawah ini ditunjukkan caranya.
Cara Login MySikap Kali Pertama
Layari laman web https://public.jpj.gov.my/
Masukan ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara yang diberikan melalui e-mel
Masukkan Kata Laluan Sementara, Kata Laluan Baharu dan Sahkan Kata Laluan Baharu untuk setkan password baru
Pilih Soalan Sekuriti mengikut keutamaan
Masukkan jawapan pada semua soalan sekuriti
Klik Simpan. Selesai.
Cara Renew Lesen JPJ Online Di Portal MySikap
Login ke portal MySikap https://public.jpj.gov.my/
Pilih menu Lesen Memandu
Pilih Pembaharuan Lesen Memandu
Isikan maklumat pembaharuan lesen
Buat bayaran
Semak dan buat pengesahan
Selesai!
Cara Renew RoadTax Online Di Portal MySIKAP
Login ke portal MySikap https://public.jpj.gov.my/
Pilih menu Kenderaan
Pilih Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor
Isikan maklumat pembaharuan lesen
Buat bayaran
Semak dan buat pengesahan
Selesai!