Jabatan Akauntan Negara telah mengeluarkan tarikh pembayaran gaji bagi penjawat awam untuk tahun 2023.
Tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2023 adalah seperti di Lampiran 1 dan ditetap berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP) 105 yang berkuat kuasa selaras dengan surat Kementerian Kewangan Malaysia rujukan MOF.BSKK.600-1/7/1(15)
bertarikh 8 Jun 2021: Cadangan Pindaan Arahan Perbendaharaan 105 – Tarikh Membayar Gaji dan surat rujukan MOF.BKSK.600-2/13/1(4) bertarikh 28 Oktober 2022 : Penetapan Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2023.
Surat Pekeliling ini berkuat kuasa mulai pada tarikh ianya dikeluarkan, iaitu 2 November 2022.
Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2022
(Satu Tarikh Gaji untuk Semua Negeri)
Oleh itu, rancanglah Kewangan anda dengan sebaiknya.
Berikut adalah lampiran penuh dari SPANM BIL 4/2022:
Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 4 Tahun 2022 – Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2023
Klik di sini untuk muat turun
Maklumat Lanjut
Pertanyaan lanjut mengenai Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM), boleh dirujuk kepada pihak berikut:
Pengarah
Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Aras 4, Kompleks Kementerian Kewangan
No.1, Persiaran Perdana
62594, Presint 2
Putrajaya
u.p. : Unit Pengurusan Prestasi
emel : unit_prestasi@anm.gov.my
No. Tel. : 03 – 8882 1624/1612/1622/1611
Diperoleh dari Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara (JANM)