Ramai yang mengeluh akibat harga barang yang meningkat, ada yang kehilangan rumah tempat berteduh akibat sewa rumah yang tertunggak, ada juga yang terpaksa di berhentikan kerja akibat majikan yang ingain mengurangkan kos perbelanjaan.
Sudahkah anda mengisi Petition KWSP khas 2.0? Mugkin ini adalah peluang terakhir untuk kita mendapatkan duit untuk menampung kos sara hidup yang kian meningkat.
Pengeluaran Kwsp 2.0 Lulus atau Tidak
Kini kita berada dalam fasa pascapandemik, ia dimana isu kehilangan pendapatan semakin beransur pulih.
Namun begitu, akibat peningkatan sara hidup yang semakin tinggi, ramai diantara rakyat yang mula bersuara agar pengeluaran siri kedua diluluskan.
Oleh itu, rata-rata menantikan berita terkini inisiatif pengeluaran wang KWSP khas 2.0 bagi membantu memulihkan ekonomi masing-masing demi menampung kos sara hidup yang kian meningkat.
Walaubagaimanapun, hasrat tersebut masih tiada khabar berita disebabkan oleh pihak Kerajaan masih mempertimbangkan hal ini.
Sign Petition Pengeluaran Khas KWSP 2.0 Tanda Setuju
Oleh itu, ramai yang bersetuju untuk mengisi petition untuk pengeluaran khas KWSP 2.0 ini.
Bagi pihak Kerajaan, jika dibenarkan ia akan memberi impak negatif kepada ekonomi negara secara keseluruhannya, akan tetapi ia juga boleh memberi manfaat kepada masyarakat secara personal.
Cara-cara untuk menandatangani petisyen tuntut pengeluaran di Change.org adalah seperti berikut:
Layari laman sesawang https://www.change.org untuk tujuan menandatangani petition
Tekan pada butang “Search” untuk mencari sign petisyen KWSP. Lalu klik link pautan ini, https://www.change.org/p/luluskan-pengeluaran-khas-2-0-kwsp-untuk-kelangsungan-kehidupan-rakyat
Memasukkan butiran yang diinginkan seperti nama dan alamat emel jika anda berminat untuk menandatangani petition
Kemudian, tekan pada butang “Sign this petition”.
Akhir sekali, petition anda telah dihantar.
Kebaikan Pengeluaran Fasa Kedua & Sign Petisyen KWSP 2.0
Pengeluaran kali kedua ini akan memberi banyak kesan yang baik kepada masyarakat dan individu, suda pasti mereka mempunyai rancanggan apabila mereka dapat mengeluarkan duit tersebut.
Ada di antara mereka yang ingin menjadikan ianya sebagai modal perniagaan, ada yang ingin menjadikannya untuk kegunaan kecemasan, ada yang menjadikannya untuk pelaburan dan pastinya setiap orang mempunyai tujuan mereka tersendiri.
Pengeluaran ini memberi kesan yang baik jika kita menggunakannya dengan cara yang baik.
Ianya bukan hanya dapat meringankan beban yang ditanggung oleh masyarakat tetapi ianya boleh dijadikan sebagai perantaraan untuk menjana balik pendapatan yang hilang terutamanya dengan keadaan ekonomi hari ini.
Keburukan Pengeluaran Sekali Lagi Kepada Negara & Rakyat
Pengeluaran ini dilihat akan dapat memberi kesenangan kepada pencarum, namun malangnya ia juga bakal menjejaskan rakyat dan negara.
KWSP merupakan institusi pelaburan tempatan yang bertanggungjawab dalam menstabilkan ekonomi negara secara global.
Caruman ahli KWSP bukan hanya tersimpan disana, tetapi ia juga digunakan sebagai medium pelaburan untuk meningkatkan ekuiti negara.
Hal ini dapat memberi kesan negatif kepada pelaburan domestik dan pasaran modal negara. Ini secara tidak langsung akan menjejaskan ekonomi negara dalam jangka masa yang panjang.
KWSP bukan hanya melibatkan negara, tetapi juga individu. Ianya akan memberi kesan jangka masa panjang kepada pencarum jika membuat pengeluaran. Semua maklum bahawa KWSP merupakan skim simpanan caruman hasil pendapatan untuk kegunaan selepas bersara.
Namun, jika wang tersebut dikeluarkan, ianya akan memberi kesan apabila sesorang individu itu bersara. Hal ini akan menyebabkan bertambahnya beban kewangan di usia tua.
Semoga rakyat Malaysia dapat mengharugi masa-masa getir dimana kos sara hidup yang kian meningkat.