Permohonan Bantuan Kewangan Secara Dalam Talian

PELUANG KERJAYA
0

Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) telah membangunkan satu sistem permohonan baharu bantuan kewangan secara dalam talian beroperasi bermula 1 Januari 2023.


Menurut Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Flovia Ng, permohonan dalam talian atau Online itu disediakan untuk memberi kemudahan kepada permohonan demi keselesaan dan kesejahteraan mereka.


"Berhubung dengan isu mereka yang masih menunggu bantuan kebajikan, sebagai makluman jumlah peruntukan tahunan yang disediakan untuk bantuan kebajikan terutamanya untuk warga emas adalah terhad.


"Oleh itu, bukan semua warga emas dapat diberi pertimbangan dalam permohonan baharu mereka dan mereka perlu memenuhi syarat kelayakan permohonan serta tertakluk kepada kedudukan kewangan sedia ada yang belum ada komitmen.


"Selain daripada sistem sedia ada, Kementerian saya melalui JPKA telah membangunkan satu sistem baharu permohonan bantuan kewangan secara dalam talian iaitu (https://jpka.sabah.gov.my) yang beroperasi pada 1 Januari 2023," katanya.


Beliau menjawab soalan asal Dr Daud Yusof (Bongawan-Warisan) yang ingin tahu apakah inisiatif dan bantuan yang boleh diberikan kepada orang tua, keluarga daif dan miskin tegar kerana ada segelintir daripada mereka telah dihentikan bantuan kebajikan yang mereka terima dan ada juga yang sedang berusaha untuk memohon bantuan kebajikan tetapi masih dalam proses menunggu. - AstroAwani

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !