
BANTUAN TUNAI RAKYAT 2023
Bayaran Bantuan Tunai Rakyat 2023 Fasa 1 diterus dan
diawalkan pada Januari ini.
Perkara itu diumumkan melalui Mesyuarat Pertama, Penggal
Pertama Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat – 20 Disember 2022.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Tunai
Rakyat 2023 untuk makluman bersama.
YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menghadiri Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 di Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur, 19 Disember 2022.
Apakah Bantuan Tunai Rakyat 2023 (BTR 2023)?
BTR 2023 adalah bantuan tahunan yang diperuntukkan oleh
Kerajaan kepada rakyat, di mana sebelum ini dikenali sebagai BSH, BPN, BPR dan
BKM.
Bantuan tunai yang dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu akan
diteruskan dan disegerakan pada bulan Januari ketimbang bulan Mac tahun depan
mengambilkira beban yang ditanggung rakyat saat ini dan keperluan musim
tengkujuh.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan
tunai tahun 2023 nanti akan memanfaatkan hampir sembilan juta penerima dengan
peruntukan berjumlah RM2 bilion.
Bantuan Tunai Rakyat itu sebelum ini dijadualkan akan
diberikan pada Mac 2023 namun selepas melihat keadaan rakyat, Kerajaan
bersetuju untuk memberikan pada Januari tahun 2023 nanti.