Kerajaan Sabah telah mengumumkan iaitu bantuan khas kewangan
setengah bulan gaji dengan kadar minimum RM1,000 kepada penjawat awam negeri. Pembayaran akan dibuat pada Januari 2023.
Ketua Menteri Sabah iaitu Datuk Seri Hajiji Noor berkata,
bantuan khas itu membabitkan pembayaran kepada penjawat awam negeri.
Beliau berkata demikian semasa pembentangan Bajet Negeri
Sabah 2023 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.
“Bayaran bantuan khas ini diharap akan dapat meringankan
bebanan perbelanjaan persekolahan anak-anak dan untuk sambutan perayaan Tahun
Baharu Cina.
“Di samping itu, bantuan khas sebanyak RM500 akan turut
diberikan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Kaamatan yang akan
dibayar pada bulan April 2023,” katanya.
Menurut beliau, dengan pemberian insentif itu diharap
penjawat awam dapat berusaha dengan cekap dan lebih gigih lagi bagi memastikan
mutu perkhidmatan kepada rakyat dapat dipertingkatkan.
Hajiji, yang juga Menteri Kewangan Negeri berkata, pemberian
insentif tersebut sebagai tanda keprihatinan tentang kebajikan penjawat awam.
Jelas beliau, kecekapan penjawat awam dalam melunaskan
amanah dan tanggungjawab yang menyumbang kepada pembangunan negeri dengan tidak
berbelah bahagi amat dihargai.