Kerajaan Perkenal Pakej Perpaduan Prabayar Internet – Kelajuan 3Mbps, RM30 Untuk 30GB Bagi Tempoh 6 Bulan



Berita baik untuk rakyat Malaysia Kerajaan telah memperkenalkan sebuah pakej langganan prabayar baharu, ia dinamakan Pakej Perpaduan, pakej tersebut telah diperkenalkan kepada para pengguna belia (sehingga 30 tahun), B40, warga emas, OKU dan juga veteran.


Pakej berkenaan akan ditawarkan bermula Februari 2023 kelak. Antara syarikat yang berkerjasama akan menawarkan pakej ini adalah Celcom-Digi, Maxis, UMobile, TM dan juga YES.


Dibawah pakej ini juga, pelanggan akan diberikan data sebanyak 30GB, dan pengguna hanya perlu membayar RM30 untuk akses selama 6 bulan. Ini sekaligus dilihat purata kos langganan sekitar RM5 sebulan jika mengikut perkiraan kasar.


Pakej ini bukan merupakan sesuatu yang baharu, tetapi diberikan sedikit naik-taraf berbanding Pakej Remaja sebelum ini, yang menawarkan akses 20GB untuk 3 bulan pada harga RM30. Jika Pakej Remaja sebelum ini ia ditawarkan untuk tempoh sehingga April 2023.


Dibawah Pakej Perpaduan juga, kelajuan internet juga dinaikkan sehingga 3Mbps, dan kuota turut dinaikkan kepada 30GB, serta masa penggunaan ditambah sehingga 6 bulan.