Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi
semasa membentangkan Belanjawan Johor 2023 ketika Persidangan Keempat Dewan
Undangan Negeri (DUN) Johor Ke-15 yang bertempat di Bangunan Sultan Ismail, di
sini, pada Khamis.
Katanya, inisiatif itu sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri kepada
penjawat awam yang membantu menjayakan dasar-dasar kerajaan
Beliau berkata, pembayaran sumbangan berkenaan akan dibuat dua kali iaitu pada
akhir tahun ini dan sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri 2023.
"Kerajaan negeri amat menghargai sumbangan penjawat awam dalam menjayakan
dasar-dasar kerajaan. Mereka bekerja bersungguh-sungguh bagi memastikan rakyat
dapat manfaat yang maksimum daripada dasar-dasar kerajaan.
"Bantuan khas kewangan ini juga akan dipanjangkan kepada semua guru KAFA,
petugas pusat pemulihan dalam komuniti dan guru-guru tadika Islam,
"Mudah-mudahan sumbangan kewangan ini dapat beri motivasi dalam kalangan
penjawat awam untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang," kata
Menteri Besar itu lagi.
Kerajaan negeri Johor ~ Memberikan bantuan kewangan khas sebanyak RM1,000
December 01, 2022
0
Tags