e-Pengeluaran KWSP Untuk Tujuan Peribadi | Panduan & Syarat Kelayakan

PELUANG KERJAYA
0

e-Pengeluaran KWSP merupakan kemudahan yang disediakan oleh pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP untuk membantu pencarum yang ingin membuat pengeluaran simpan mereka. Pengeluaran boleh dilakukan selagi mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.


Pencarum dibenarkan membuat pengeluaran wang KWSP melalui simpanan akaun 2 untuk tujuan peribadi seperti: 


  • Membina/membeli rumah

  • Rawatan perubatan

  • Pendidikan

  • Menunaikan Haji/Umrah dan Lain-lain


Disini kami akan kongsikan panduan permohonan e-Pengeluaran KWSP secara online.


Kemudahan e-Pengeluaran KWSP


Untuk makluman anda, seperti yang telah ditetapkan ahli boleh membuat pengeluaran wang KWSP melalui akaun 2 untuk tujuan peribadi seperti dibawah :


  • Membeli atau membina rumah di atas tanah sendiri

  • Pengeluaran wang untuk tujuan pendidikan anak

  • Pengeluaran wang untuk kos rawatan perubatan

  • Pengeluaran wang untuk menyelesaikan baki pinjaman PTPTN

  • Pengeluaran untuk melansaikan baki pinjaman rumah


Syarat Kelayakan e-Pengeluaran KWSP


Berikut adalah syarat kelayakan bagi permohonan e-Pengeluaran KWSP seperti berikut :


  • Merupakan Warganegara Malaysia

  • Individu yang ingin membuat pengeluaran hanya dibenarkan tidak melebihi jumlah pengeluaran maksimum

  • Pembayaran diberikan secara pengkreditan ke akaun bank simpanan pemohon

  • Syarat kelayakan adalah bergantung pada jenis pengeluaran yang ingin dibuat


Panduan Permohonan


Sekiranya anda mahu membuat pengeluaran KWSP melalui akaun 2, langkah pertama adalah daftar masuk i-akaun terlebih dahulu jika belum daftar. Setelah mendaftar i-akaun, anda boleh membuat permohonan melalui e-Pengeluaran KWSP.


Langkah Pengeluran


  1. Langkah pertama, sila log masuk i-akaun KWSP – DI SINI . Jika belum ada akaun, anda boleh daftar terus

  2. Selepas log masuk, sila tekan pada bahagian ruangan menu ‘Pengeluaran’

  3. Kemudian tekan pada bahagian ‘Permohonan Baru’

  4. Sila pilih jenis pengeluaran, anda boleh pilih tujuan pengeluaran peribadi anda

  5. Pada ruangan institusi anda boleh memilih bank tempat anda ingin membeli rumah sekiranya tujuan pengeluaran membeli rumah

  6. Anda perlu semak dan ikuti langkah yang telah ditetapkan sehingga selesai membuat permohonan pengeluaran

  7. Dalam tempoh masa yang ditetapkan, anda akan menerima pesanan SMS dengan kenyataan bahawa anda perlu ke cawangan KWSP bagi membuat pengesahan cap jari di mesin yang disediakan

  8. Keputusan permohonan akan mengambil masa sekurang-kurangnya 10 hari bekerja dari tarikh permohonan.



Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !