Dividen ASB 2022, Berikut Tarikh Pengumuman / Penangguhan Urusniaga

PELUANG KERJAYA
0

Seperti yang sedia maklum pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember biasanya akan dibuat pada bulan Disember setiap tahun.


Disamping itu, penangguhan urusniaga ASB bermula 22 Disember 2022 sehingga 3 Januari 2022.


Oleh yang demikian, tarikh akhir sebarang urusniaga hendaklah dilakukan sebelum atau pada 22 Disember 2021.


Perkara ini telah dikonsikan di media sosial oleh pengguna di media sosial melalui sebuah poster di bawah:


Penangguhan Urus Niaga Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2022


Berikut merupakan poster hebahan berkenaan penangguhan urus niaga ASB yang telah dikongsikan di media sosial.


Untuk urusan yang lebih mudah, pastikan anda telah daftar MYASNB online untuk semakan baki, dividen dan lain-lain.


Ianya bagi membolehkan Pemegang Unit membuat urusniaga dalam talian serta menerima penyata secara elektronik.


Pemegang Unit juga dinasihatkan untuk mengemaskini maklumat nombor telefon bimbit serta alamat e-mail di ejen-ejen atau cawangan ASNB.


Tarikh Pengumuman Dividen ASB 2022


Untuk makluman, bagi tahun lalu, pengumuman dividen ASB diumumkan pada 23 Disember 2021, jam 9.45 pagi di laman Facebook Rasmi PNB.


Manakala penangguhan urusniaga pula bermula 23 Disember 2021 sehingga 2 Januari 2022.


Pada tahun 2020 juga ia diumumkan pada 23 Disember 2020.


Maka, kita dapatlah menganggarkan tarikh dividen ASB bagi tahun 2022 pada sekitar tarikh tersebut.


Jumlah Dividen & Bonus ASB 2021 & Sebelumnya


Pastinya pelabur Amanah Saham Bumiputera (ASB) menantikan keputusan agihan pendapatan dalam akaun mereka sama ada mereka mampu menikmati kadar lebih tinggi daripada jumlah agihan 4.25 sen (dividen) yang diumumkan tahun lalu ataupun sebaliknya.


Untuk makluman, pengumuman dividen Pengagihan Pendapatan Amanah Saham Bumiputera ASB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 telah diumumkan secara langsung pada 23 Disember 2021, jam 9.45 pagi di laman Facebook Rasmi PNB.


TERKINI:


Dividen ASB Tahun 2021 diumumkan pada kadar 5.00 sen seunit


  • Dividen – 4.25%

  • Bonus – 0.75%

  • Kadar Agihan – 5.00%


Pautan untuk siaran – https://fb.me/e/1yaeHA7su


Dividen ASB 1990-2020


Maklumat terkini tentang agihan pendapatan akan dikemaskini melalui artikel ini setelah ia diumumkan secara rasmi oleh pihak ASNB.


Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi Amanah Saham Nasional Berhad di pautan berikut: https://www.asnb.com.my/asnbv2_4media.php#beritapengumuman


Pemegang unit/penjaga berdaftar boleh membuat permohonan untuk mendapatkan Penyata Pengagihan Pendapatan secara fizikal dengan menghadirkan diri ke cawangan ASNB atau ejen ASNB di seluruh negara atau dengan melaksanakan cetakan layan diri melalui ASNB Portal www.myasnb.com.my


Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !