China Sedang Bergelut, Kerajaan Malaysia Diarah Kawal Kemasukan Rakyat China


BEIJING: Wilayah tumpuan perindustrian besar Zhejiang yang berhampiran Shanghai, China sedang bergelut dengan kira-kira sejuta jangkitan baharu COVID-19 pada setiap hari.


Jumlah itu akan dijangka terus meningkat dua kali ganda dalam tempoh beberapa hari mendatang, menurut kerajaan wilayah itu pada Ahad.


Walaupun dengan peningkatan rekod kes di seluruh China, tiada lagi kes kematian COVID-19 dilaporkan di tanah besar selama lima hari hingga Sabtu lalu, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) China semalam.


Rakyat dan pakar meminta data yang lebih tepat apabila jangkitan meningkat selepas Beijing membuat perubahan besar kepada dasar 'Sifar COVID-19' yang meletakkan ratusan juta rakyatnya di bawah sekatan tanpa henti dan menjejaskan ekonomi kedua terbesar di dunia itu.


‘Kelam-Kabut’ Untuk Tempah Tiket Ke Luar Negara, 1 Juta Warga China Dijangka Akan Tiba Di Malaysia


Rakyat China kini dalam keadaan yang terdesak untuk ke luar dari negara apabila kebanyakan warganya telah menempah tiket untuk keluar.


Situasi ini terjadi apabila pemerintah Beijing mengumumkan bahawa bersedia untuk membuka semula sempadannya pada bulan hadapan.


Oleh itu, carian untuk penerbangan antarabangsa dalam talian oleh warga China melonjak sehingga sepuluh kali ganda berikutan sekatan perjalanan ditarik balik.


Setakat ini kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih lagi belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi mengenai kehadiran dan garis panduan yang ditetapkan untuk menyambut pelancong China ke Malaysia.


Malaysia Digesa Semak Semula Protokol Covid-19


Malaysia wajib melihat semula dasar berkenaan ketibaan pengembara dari China tersebut ekoran dari langkah republik itu untuk menarik balik sekatan perjalanan untuk rakyat Negaranya, kata Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.


Menurut ahli Parlimen Ayer Hitam itu, dalam tempoh kurang 10 hari, Malaysia perlu bersedia secukupnya dalam berdepan dengan kemasukan pengembara khususnya dari China.


“Kita perlu melihat semula dasar berkenaan ketibaan pengembara dari kawasan-kawasan berisiko.


“Terdapat negara Eropah yang segera merangka langkah-langkah bagi mengendalikan kemasukan pengembara dari China.


“Begitu juga dengan Amerika Syarikat yang mengenakan syarat kepada pengembara dari China sebelum dibenarkan memasuki negara itu, iaitu perlu menunjukkan ujian saringan dengan keputusan negatif Covid-19,” katanya menerusi hantaran di Facebook.


Petisyen Halang Warga China Masuk Malaysia


Berikutan dari kes Covid-19 yang melonjak di China, lebih dari 227,000 orang telah menandatangani pestisyen yang dilancarkan oleh Muhammad Zaim Yusran Mohd Zaidy untuk kerajaan menghalang kemasukan warga China ke negara ini.


Petisyen itu dilancarkan sejak semalam di Kuala Lumpur bagi meminta kerajaan untuk mengambil kira keadaan keselamatan rakyat negara ini dan mengelak sebarang kematian berlaku.


“Tolong tandatangan petisyen ini demi menyelamatkan keluarga dan anak kita,” tulisnya.


Rata-rata mereka yang menandatangani petisyen itu mahu kerajaan bertindak dengan tegas dengan menghalang kemasukan warga China terutama dari Wuhan.


Seramai lebih 18 ribu orang telah menandatangani petisyen berkenaan setakat 6.15 petang tadi. Petisyen itu dipercayai dilancarkan kira-kira 5 jam tadi.


Untuk yang mahu turut serta untuk menyokong langkah ini, sila beri sokongan anda dengan Sign Petition Disini.