Barisan Kabinet Telah Diumumkan, Anwar Menteri Kewangan, Zahid & Fadillah TPM

PELUANG KERJAYA
0

Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebentar tadi telah mengumumkan senarai barisan anggota kabinetnya.


Dalam sidang media tersebut, Anwar mengumumkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden Kanan PBB, Fadillah Yusof - yang mewakli Gabungan Parti Sarawak (GPS) - sebagai timbalan perdana menteri.


Disamping itu, Zahid juga dilantik menjadi menteri kemajuan desa dan wilayah selain itu, Fadillah sebagai menteri perladangan dan komuniti.

Anwar pula memegang portfolio kewangan.


Senarai penuh barisan kabinet tersebut telah diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pagi tadi untuk diperkenan Tuanku.


Berikut adalah senarai penuh barisan kabinet:


  • Perdana Menteri, Menteri Kewangan: Anwar Ibrahim

  • Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah: Ahmad Zahid Hamidi

  • Timbalan Perdana Menteri, Menteri Perladangan dan Komuniti: Fadillah Yusof

  • Menteri Pengangkutan: Anthony Loke

  • Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan: Mohamad Sabu

  • Menteri Ekonomi: Rafizi Ramli

  • Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan: Nga Kor Ming

  • Menteri Pertahanan: Mohamad Hasan

  • Menteri Kerja Raya: Alex Nanta Linggi

  • Menteri Dalam Negeri: Saifuddin Nasution Ismail

  • Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Tengku Zafrul Abdul Aziz

  • Menteri Pendidikan Tinggi: Khaled Nordin

  • Menteri Sains dan Teknologi: Chang Lih Kang

  • Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Nancy Shukri

  • Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup: Salahuddin Ayub

  • Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi: Azalina Othman Said

  • Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim: Nik Nazmi Nik Ahmad

  • Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Ewon Benedick

  • Menteri Luar Negeri: Zambry Kadir

  • Menteri Pelancongan: Tiong King Sing

  • Menteri Komunikasi Digital: Fahmi Fadzil

  • Menteri Pendidikan: Fadhlina Sidek

  • Menteri Perpaduan Negara: Ago Dagang

  • Menteri Agama: Dr Naim Mokhtar

  • Menteri Belia dan Sukan: Hannah Yeoh

  • Menteri Sumber Manusia V Sivakumar

  • Menteri Kesihatan: Dr Zaliha Mustafa

  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah Sarawak): Armizan Mohamad Ali


Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !