Bantuan Tunai Rakyat 2023 Dilaksanakan Pada Bulan Januari | Semak Sekarang!

PELUANG KERJAYA
0

Bantuan Tunai Rakyat BTR 2023 adalah merupakan inisiatif baru yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini. 


Perkara ini dimaklumkan pada sidang mesyuarat pertama, penggal pertama parlimen ke 15 di dewan rakyat bagi membantu golongan sasar.


Bantuan Kewangan 2023


Untuk makluman rakyat Malaysia, Bantuan Tunai Rakyat 2023 atau BTR adalah inisiatif yang bebentuk bantuan tunai kewangan tahunan disediakan oleh pihak kerajaan bagi membantu kumpulan rakyat yang kurang bernasib baik.


Bantuan BTR ini juga sama seperti bantuan tunai sebelum ini seperti BSH, BPR dan BKM. Program insentif ini telah diberikan oleh kerajaan pada setiap tahun namun dengan jumlah kadar bantuan yang berbeza.


Bagi Bantuan Tunai Rakyat BTR ini sepatutnya disalurkan pada bulan Mac 2023 akan datang. Namun disebabkan oleh faktor ekonomi yang tidak stabil dan keadaan banjir di banyak negeri dalam Negara, pihak kerajaan telah bersetuju untuk mempercepatkan pembayaran bantuan BTR. 


Bantuan khas ini akan diberikan pada bulan Januari 2023 (Fasa 1) kepada yang berkelayakan.


Kadar Bantuan BTR


Untuk makluman, jumlah keseluruhan bantuan tunai rakyat ini belum diumumkan. Namun bagi bayaran fasa 1 BTR telah di nyatakan akan mula disalurkan pada awal bulan Januari 2023. Terdapat 2 kategori yang akan terlibat dalam pembayaran fasa 1 BTR iaitu: 


  • Bujang RM100

  • Keluarga RM300


Bantuan ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 9 juta penerima  dengan peruntukan berjumlah RM 2 bilion.


Maklumat Lanjut


Sila semak senarai bantuan yang ada untuk anda dapatkan di laman utama SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.


Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !