Bantuan Khas Kewangan RM1,500 Dibayar Pada Bulan Hadapan | Semak Sekarang!

PELUANG KERJAYA
0

Demi membantu rakyat yang memerlukan, terdapat banyak jenis bantuan kewangan yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan dalam Negeri atau pun Peringkat Persekutuan.


Salah satu dari bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh Kerajaan dalam Negeri adalah, Bantuan Khas Kewangan RM1,500.


Bantuan Khas Kewangan RM1,500 ini telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Kedah untuk semua kakitagan awam negerinya.


Bantuan Khas Kewangan RM1,500


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata Kerajaan Negeri akan memperuntukkan dana sebanyak RM8 juta.


“Kerajaan negeri amat berterima kasih atas dedikasi dan kesungguhan tidak berbelah bahagi kakitangan awam negeri dalam melaksanakan dasar, program dan projek dirancang kerajaan demi membangunkan negeri.


Kakitangan awam negeri juga terlibat menguruskan bantuan semasa berlakunya bencana di negeri ini,” katanya ketika membentangkan Bajet 2023 Kedah pada Oktober lalu.


Tarikh Pembayaran


Berkenaan dengan pembayaran bantuan ini, ia akan dilaksanakan pada bulan Disember 2022.


Dalam masa sama, semua guru lantikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEIK) juga akan menerima faedah kenaikan gaji RM100 secara ‘one-off’ setiap seorang seperti yang dinikmati penjawat awam lain.



Pihak Kerajaan Negeri turut akan melanjutkan tempoh zon bebas berniaga sehingga 31 Disember tahun hadapan dan akan mengenal pasti beberapa kawasan yang berpotensi untuk dikembangkan menjadi pusat penjaja kecil dengan kemudahan yang lebih selesa kepada penjaja dan pelanggan.



Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !