TERKINI: Bantuan Sara Hidup (BSH) Akan Diteruskan Tahun Hadapan

PELUANG KERJAYA
0

Ada berita baik untuk seluruh rakyat Malaysia, Program Bantuan Sara Hidup (BSH) akan diteruskan tahun hadapan dalam usaha membantu mengatasi kos sara hidup.


Berdasarkan manifesto kerajaan pimpinan Perdana Menteri Malaysia ke 10, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang dizahirkan menerusi ‘Tawaran Harapan PRU15’ yang turut menyatakan akan meneruskan bantuan tunai kerajaan kepada seluruh rakyat Malaysia.


Kerajaan Pakatan Harapan telah dibentuk dengan gabungan parti politik lain seperti BN, GPS, GRS, WARISAN dll.


Untuk makluman, menerusi Bajet 2023 yang telah dibentangkan sebelum ini. Terdapat inisiatif baru dan lama yang masih diteruskan pada tahun hadapan seperti bantuan untuk golongan warga emas, kanak-kanak dan B40. Sila rujuk senarai inisiatif dalam Bajet 2023 – SEMAK SINI


Permohonan Bantuan Sara Hidup 2023


Oleh kerajaan yang baru ini, Bajet 2023 akan dibentangkan semula tidak lama lagi, dijangka lebih banyak jenis bantuan yang akan diperkenalkan.


Sebelum ini, telah diperkenalkan Bantuan Sara Hidup (BSH) di bawah Kerajaan Pakatan Harapan, dan dijenamakan sebagai Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kemudian dijenamakan lagi sebagai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di bawah pimpinan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.



Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !