Tarikh & Jumlah BKM Fasa 4, Semak Kelayakan Anda Di Sini! Semak Sekarang!

PELUANG KERJAYA
0

Mugkin ramai yang belum tahu, bilakah & berapakah jumlah bayaran bagi setiap kategori Fasa 4 Bantuan Keluarga Malaysia yang akan dibayar kelak.


Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.


Dibawah kami kongsikan maklumat lengkap dan terkini BKM Fasa 4 yang akan dibayar tidak lama lagi oleh pihak kerajaan.


Jumlah Bayaran BKM Fasa 4


Berapakah bayaran BKM Fasa 4 akan diterima bagi setiap kategori?


Jumlah bayaran BKM Fasa 4 adalah seperti jadual berikut :


i) Kategori Isi Rumah Kahwin – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah


A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:


  • 0 anak : RM 300

  • 1-2 anak : RM600

  • 3 anak dan ke atas: RM900


B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000


  • 0 anak : RM100

  • 1-2 anak : RM200

  • 3 anak dan ke atas: RM300


ii) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)


A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:


  • 0 anak : RM 300

  • 1-2 anak : RM600

  • 3 anak dan ke atas: RM900


B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000


  • 0 anak : RM100

  • 1-2 anak : RM200

  • 3 anak dan ke atas: RM300


iii) Kategori Isi Rumah (Ibu Bapa Tunggal Mempunyai Anak) – Tiada Had Umur Pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak RM500)


A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:


  • 1-2 anak : RM600

  • 3 anak dan ke atas: RM900


B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 RM5000


  • 1-2 anak : RM200

  • 3 anak dan ke atas: RM300


iv) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 59 Tahun dan ke bawah


Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: Tiada


v) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas : RM150


Seperti sebelum ini, bayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima yang layak.


Semakan Status


Bagi pemohon yang lulus dan yang telah membuat permohonan rayuan atau kemaskini maklumat, berikut dikongsikan cara membuat semakan status permohonan di laman web myBKM.


1) Sila rujuk langkah di bawah:


Layari Portal Rasmi Semakan Status Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di pautan ini : https://bkm.hasil.gov.my


2) Klik [LOG MASUK BKM].


3) Untuk makluman anda, jika anda sebelum ini merupakan penerima atau pernah memohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) anda boleh semak menggunakan Kata Laluan Bantuan BPR.


4) Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di kotak NO MYKAD/ID PENGGUNA.


5) Klik Menu [Semakan Status].


6) Maklumat Semakan BKM akan dipaparkan di ruangan ini.


7) Status Permohonan anda akan dipaparkan di Semakan Status.


8) Maklumat Pembayaran iaitu Jumlah Bayaran Bantuan yang anda akan terima dan juga Tarikh Pembayaran atau Kredit ke akaun anda akan dipaparkan apabila pihak LHDN selesai memproses maklumat pemohon.


9) Selesai.


Tarikh Bayaran BKM Fasa 4


Tarikh semakan status dan pengkreditan amaun akhir Bantuan Keluarga Malaysia (BKM Fasa 4) adalah pada Disember 2022.


Tarikh rasmi akan diumumkan oleh Perdana Menteri / Menteri Kewangan dalam masa terdekat kelak.


Maklumat Lanjut Bantuan Keluarga Malaysia


Info lanjut & jumlah bayaran bagi setiap kategori penerima :


  • Hotline BKK LHDNM : 1800 88 2747

  • Hotline BKK MoF : 03 8882 4565

  • Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM

  • e-Mel : bkm@treasury.gov.my

  • Laman web BKM: https://bkm.hasil.gov.my/

  • Laman web Kementerian Kewangan Malaysia (MOF): https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bkm.html


Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !