Tarikh Bayaran Bantuan Kewangan JKM Bulan November | Mohon Sekarang!

PELUANG KERJAYA
0
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Seperti yang telah ditetapkan, bayaran Bantuan Kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk bulan November ini akan dikreditkan seperti yang telah ditetapkan berdasarkan jadual.


Namun begitu, harus diingat bayaran bantuan JKM ini berbeza mengikut negeri masing-masing, ini bagi memudahan proses penyaluran bantuan kepada setiap penerima.


Ini disebabkan bantuan ini dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di masing-masing Daerah / Jajahan / Bahagian seluruh Negara.


Jadual Pembayaran Bantuan Kewangan JKM


Untuk bulan November ini, bagi tarikh Bayaran Bantuan JKM akan dikreditkan antara 1 hingga 10 November 2022.


Sekiranya terdapat sebarang perubahan bayaran untuk bantuan November, JKM akan memaklumkan dari semasa ke semasa. Sila layari laman Facebook Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk update terkini, atau hubungi Pejabat JKM yang terdekat.


11 Jenis Bantuan JKM Jabatan Kebajikan Masyarakat


Ini adalah 11 jenis bantuan kebajikan yang diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) iaitu;


  • Bantuan Kanak-kanak (BKK)

  • Elaun Pekerja OKU (EPOKU)

  • Bantuan Anak Pelihara (BAP)

  • Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT)

  • Bantuan Am Persekutuan (BA)

  • Bantuan Alat Tiruan/Alat Sokongan (BAT)

  • Bantuan Latihan Perantis (BLP)

  • Bantuan Geran Pelancaran (BGP)

  • Tabung Bantuan Segera (TBS)

  • Bantuan Warga Emas (BWE)

  • Bantuan OKU Tidak Bekerja (BTB)


Skim bantuan diwujudkan adalah dalam bentuk alat dalam proses menolong klien ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian, yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial.


Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari.


Objektif Pemberian Bantuan


  • Memenuhi keperluan asas (basic needs) bagi meringankan beban penerima bantuan

  • Alat sokongan sosial (social support tools) untuk menilai kemampuan penerima bantuan ke arah berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan

  • Alat pemulihan (rehabilitation tools) agar penerima bantuan terus kekal tinggal bersama komuniti/masyarakat.

  • Sumber kewangan sementara penerima bantuan meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup


Cara Memohon Bantuan JKM


Urusan permohonan bantuan kewangan dilakukan di peringkat Daerah / Jajahan / Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian di seluruh Negara.


Setiap permohonan yang telah didaftarkan akan disiasat terlebih dahulu untuk penilaian (diuji cara) bagi mengesahkan kelayakan pemohon untuk mendapatkan bantuan.


Cara itu adalah mengikut prinsip penyaluran bantuan berdasarkan kelayakan dan bukannya hak.


Permohonan Manual


Bagi memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat JKM yang berhampiran.


  • Salinan Kad Pengenalan pemohon

  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak

  • Tinggal bersama, salinan sijil lahir anak/ahli keluarga yang tinggal bersama

  • Salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen berkaitan.


Borang permohonan yang berkaitan:


1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan 

2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan


Permohonan Secara Online


Permohonan bantuan juga boleh dibuat secara atas talian melalui portal E-Bantuan JKM berikut;


https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/


SILA BAWA DOKUMEN TERSEBUT SEMASA HADIR KE PEJABAT:


  • Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;

  • Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;

  • Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)

  • Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)

  • Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)

  • Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !