Oleh kerana kita telah memasuki bulan November, ada beberapa bantuan yang penting anda perlu ambil perhatian di bulan November 2022 ini dan jangan lepaskan peluang untuk memohon.
Kerajaan telah mengeluarkan banyak dana untuk menjayakan bantuan-bantuan ini, supaya gologan yang memerlukan dapat dibela. Oleh itu, jagan lepaskan peluang untuk memohon bantuan-bantuan ini.
Terdapat banyak jenis bantuan yang akan disalurkan pada bulan November tahun ini, diantara yang menjadi tumpuan utama adalah seperti Bantuan Musim Tengkujuh, agihan PerantiSiswa fasa 2, Diskaun PTPTN dan banyak lagi.
Oleh yang demikian, pada artikel ini pihak kami Info Malaysia Kini akan senaraikan beberapa bantuan penting dan tarik yang anda perlu perhatihan untuk dimanfaatkan.
Agihan PerantiSiswa Fasa 2
Permohonan di bawah Program PerantiSiswa fasa 2 dibuka bermula 1 Ogos yang lalu, bagi pelajar B40 yang akan memasuki institusi pengajian tinggi tidak lama lagi.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, berkata melalui permohonan yang akan dibuka selama 60 hari.
Kerajaan bersetuju untuk memperluas kelayakan bagi pemohon yang memasuki Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Kolej Matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan, berbanding hanya untuk pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta sebelum ini.
Berita Baik! PerantiSiswa 2022 merupakan satu initiatif yang diumumkan dalam Bajet 2022 telah memperuntukkan sebanyak RM450 juta untuk membantu 600 ribu pelajar-pelajar IPT yang kurang berkemampuan dalam kategori B40 untuk mendapatkan satu peranti tablet secara percuma bagi tujuan pembelajaran.
Untuk semakan kelulusan dan info terkini PerantiSiswa anda boleh membuat rujukan di laman https://perantisiswa.kkmm.gov.my/
Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Bayaran Bulan November
Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM bayaran kewangan untuk bulan November akan dibuat seperti jadual yang telah ditetapkan.
Namun begitu, harus diingat bayaran bantuan JKM ini berbeza mengikut negeri masing-masing, ini bagi memudahan proses penyaluran bantuan kepada setiap penerima.
Ini disebabkan bantuan ini dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di masing-masing Daerah / Jajahan / Bahagian seluruh Negara.
Untuk bulan November ini, bagi tarikh Bayaran Bantuan JKM akan dikreditkan antara 1 hingga 10 November 2022.
Jika terdapat sebarang perubahan tarikh bayaran bantuan kewangan pada bulan November ini, pihak JKM akan memaklumkan, oleh itu sila rujuk Laman Facebook Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk info terkini mengenai bantuan ini.
Diskaun PTPTN
Seperti yang telah diumumkan di pembentangan Bajet 2023, Kerajaan bersetuju untuk memberi insentif berupa diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN untuk kesemua peminjam.
Ini adalah satu lagi insentif dari Kerajaan bagi meringankan beban para peminjam PTPTN agar dapat memudahan mereka untuk melunaskan hutang yang berbaki di PTPTN.
Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN yang bermula 1 November 2022 hingga 30 April 2022 dengan kadar yang berikut:
Pertama: Diskaun 20 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman;
Kedua: Diskaun 15 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran; dan
Ketiga: Diskaun 15 peratus untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual.
Bagi peminjam PTPTN yang ingin mengesahkan baki mereka boleh rujuk Portal PTPTN yang berikut:
https://www.ptptn.gov.my/PengesahanBakiPenyelesaianHutang/Utama
Atau anda juga boleh hubugi mana-mana Eksekutif Pemasaran PTPTN yang berikut:
https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn?fbclid=IwAR2wpwb4DMODuz_NBF1zrIoU_JQockyXnJbFI9QCi79OPUQsbQHg-pWlruk
Bayaran Bantuan Musim Tengkujuh
Seramai 232,319 pekebun kecil getah di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) akan menerima bantuan musim tengkujuh (BMT) tahun ini, melibatkan peruntukan RM191 juta.
Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata pembayaran itu akan dibuat bermula November ini seperti biasa, kerana ia tidak terkesan dengan tempoh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang bermula 5 Nov ini.
Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) dinaikkan tahun ini sebanyak RM800 akan disalurkan masing-masing RM200 menerusi empat peringkat (bulan)
Untuk semakan, penerima boleh memasukkan nombor kad pengenalan di pautan berikut: https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/
Untuk lebih banyak info mengenai bantuan-bantuan kerajaan yang lain sila rujuk kelaman kami 👉 Di Sini