Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2023, berkata ia adalah kategori baharu bagi membantu meringankan keluarga yang mempunyai ramai anak.
Bantuan tambaha kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan diteruskan dan layak terima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) maksimum RM3,000.
Oleh itu, sebanyak RM2,500 melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan diberikan kepada isi rumah yang berpendapatan kurang RM2,500 dan mempunyai lima anak atau lebih.
Bagi keluarga yang mempunyai satu hingga empat anak pula, BKM bernilai RM1,000 hingga RM2,000 akan diberikan.
“Kepada isi rumah yang berpendapatan RM2,500 hingga RM5,000, BKM antara RM500 hingga RM1,250 akan diberikan bergantung kepada bilangan anak,” katanya.
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2023)
1. Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan
RM2,500 : Lebih 5 Anak
RM1,000 – RM2,000: 1 – 4 Anak
2. Pendapatan Isi Rumah : RM2,500 – RM5,000
RM500 – RM1,250: 1 – 4 Anak (Bergantung bilangan anak)
3. Warga Emas Tiada Pasangan & Bujang
RM350 – RM600 (Bergantung pendapatan)
4. Ibu / bapa tunggal dinaikkan kepada RM3,000 berbanding RM2,500
Tambahan RM500
Tarikh Pembayaran
Tarikh pembayaran akan diumumkan dari semasa ke semasa pada tahun hadapan. Untuk maklumat lanjut boleh layari pautan https://bkm.hasil.gov.my/
Untuk pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi talian bagi setiap cawangan berdekat di pautan ini Senarai Nombor Telefon Cawangan
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Bajet 2023 boleh rujuk Laman Khas Bajet 2023.