Kerajaan Bersetuju Beri Bantuan Khas Kewangan RM700 'One-Off' Ini Tarikh Bayaran | Semak Sekarang!

PELUANG KERJAYA
0
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Dalam usaha membantu golongan yang memerlukan, Kerajaan telah banyak memperkenalkan pelbagai jenis bantuan kewangan, antaranya adalah Bantuan Keluarga Malaysia BKM, Bantuan Musim Tengkujuh BMT, MySalam dan sebagainya.


Tambahan pula, kerjaan telah bersetuju untuk memperkenalkan sebuah lagi bantuan iaitu Bantuan Khas Kewangan (BKK) di bawah Bajet 2023 seperti yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat.


Bantuan Khas Kewangan BKK ini berjumlah RM350 - RM700 yang diberi secara "One-Off" kepada:


  • RM700: Penjawat awam gred 56 ke bawah

  • RM350: Pesara Kerajaan


Bantuan ini akan melibatkan peruntukan kewangan RM1.3 bilion dan ianya akan memberi memanfaatkan sekitar 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah serta 1 juta pesara Kerajaan.


Untuk tarikh pembayaran, ia mungkin akan dilaksanakan pada Januari tahun hadapan dengan kaedah pembayaran sekali untuk Januari 2023.


Walaubagaimanapun, tarikh pembayaran rasmi masih belum diumumkan dan akan dikemas kini.


Tambahan pula, Kerajaan juga turut bersetuju memberi Kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 kepada semua penjawat awam Gred 11 hingga 56 dengan implikasi kewangan RM 1.5 bilion ringgit.


“Ini bermakna, jika seorang kakitangan Gred 11 yang bergaji RM1,600 ringgit mendapat Kenaikan Gaji Tahunannya sebanyak RM80 ringgit pada setiap April, bagi tahun hadapan, beliau turut mendapat kenaikan gaji tambahan khas 2023 sebanyak RM100 bermula pada Januari 2023.


“Ini menjadikan gaji akhir beliau pada tahun 2023 adalah sebanyak RM1,780 dan gaji ini kekal dibawa ke tahun seterusnya,” kata Tengku Zafrul.


Maklumat lebih lanjut berkenaan inisiatif-inisiatif di bawah Bajet 2023 boleh dirujuk di Portal Rasmi Bajet DI SINI.

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !