Ini Syarat Lulus BKM, Permohonan Diterima, BKM Lulus Atau Gagal | Semak Sekarang!

PELUANG KERJAYA
0

Perdana Menteri baru sahaja membuat sidang media berkenaan Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 4 tadi


Pasti ramai yang ternanti-nanti mengenai tarikh bayarannya kan? Berikut adalah tarikh rasmi yang telah diumumkan oleh Yb Perdana Menteri.


Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 4 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat bermula 15 November 2022 (Selasa) dan dijangka selesai pada 18 November 2022 (Jumaat).


Keputusan mempercepatkan pembayaran BKM Fasa 4 daripada Disember 2022 kepada November 2022 adalah bagi membantu penerima untuk menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula pada pertengahan bulan November 2022.


Pembayaran yang bernilai RM2.1 bilion ini akan memanfaatkan seramai 5.2 juta penerima yang terdiri daripada penerima sedia ada kategori isi rumah dan warga emas bujang/tiada pasangan.


Secara keseluruhannya, RM8 bilion telah diperuntukkan untuk BKM yang memanfaatkan 8.7 juta penerima bagi tahun 2022.


Untuk BKM Fasa 4, setiap penerima bakal menerima sehingga RM900 mengikut kategori kelayakan masing-masing. Pembayaran ini merupakan bayaran akhir baki nilai yang sepatutnya diterima pada tahun ini.


Status Permohonan Diterima, Apa Maksudnya?


Sekiranya anda telah membuat permohonan dan kemaskini BKM ini pada bulan Januari yang lalu, status BKM anda akan memaparkan "PERMOHONAN DITERIMA"


Adakah ini bermaksud anda telah lulus BKM dan akan mendapat bayaran pada MAC nanti?


Sebagai makluman, maksud status "PERMOHONAN DITERIMA" bukanlah bermaksud anda telah lulus Bantuan Keluarga Malaysia bagi tahun 2022.


Jika anda semak dalam peti mel dalam MyBKM, akan memaparkan status berikut;


Hal ini bermaksud, permohonan anda belum lagi diluluskan.


Status BKM 2022 anda adalah telah berjaya dihantar dan akan diproses bagi menentukan kelayakan adakah menetapi syarat dan kelayakan pemohon sebagaimana yang telah ditetapkan sebelum ini.


Dalam masa terdekat ini, kerajaan akan memaklumkan Status Permohonan BKM sama ada anda lulus ataupun tidak.


Sekiranya anda lulus, bayaran pertama akan dibuat pada bulan MAC, sebaliknya sekiranya tidak lulus kerajaan dijangka akan membuka permohonan rayuan bagi mereka yang tidak lulus.


Syarat Kelayakan BKM 2022


Kelayakan BKM adalah berdasarkan 3 kategori berikut;


1. Isi Rumah


  • Kahwin; atau

  • Ibu atau Bapa Tunggal/ Balu/ Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan

  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.


2. Warga Emas Bujang/ Tiada Pasangan


  • Bujang atau lbu atau Bapa Tunggal/ Balu/ Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan

  • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan

  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.


3. Bujang


  • Bujang atau lbu atau Bapa Tunggal/ Balu/ Janda /Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan

  • Had umur adalah 21-59 tahun; dan

  • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.


Kaedah Pembayaran


Pembayaran BKM adalah seperti kaedah pembayaran BPR 2021 / BKC sebelum ini:


i. Ada akaun bank:


1. Berjaya Kredit


  • Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau

  • Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR/ BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.


2. Gagal kredit (akaun tidak aktif dan akaun tutup)


  • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau

  • Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.


ii. Tiada akaun Bank


  • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau

  • Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.


Info dan Pertanyaan Mengenai BKM


  • Hotline BKM LHDNM: 1-800-88-2747

  • Hotline BKM MOF: 03-8882 4565/03- 8882 4566

  • e-Mel: bkm@treasury.gov.my


Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !