Ini 3 Kategori Yang Layak Terima BKM RM900 | Semak Sekarang!

PELUANG KERJAYA
0

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.


Perdana Menteri baru sahaja membuat sidang media berkenaan Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 4 tadi


Keputusan mempercepatkan pembayaran BKM Fasa 4 daripada Disember 2022 kepada November 2022 adalah bagi membantu penerima untuk menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula pada pertengahan bulan November 2022.


Pembayaran yang bernilai RM2.1 bilion ini akan memanfaatkan seramai 5.2 juta penerima yang terdiri daripada penerima sedia ada kategori isi rumah dan warga emas bujang/tiada pasangan.


3 Kategori Yang Layak Menerima Bayaran Bantuan RM900


Seperti yang telah diumumkan oleh pihak Kerajaan, BKM Fasa 4 berjumlah daripada RM100, RM150, RM200, RM300 RM600 & RM900.


Oleh itu, bantuan tertinggi adalah berjumlah RM900, ini adalah Kategori yang layak menerima bantuan tertinggi berjumlah RM900:


1) Isi Rumah Berpendapatan RM 0 – RM 2,500 – Berumur 59 Tahun & Ke Bawah


  • Mempunyai 3 orang anak atau lebih = RM 900


2) Isi Rumah Berpendapatan RM 0 – RM 2,500 – Berumur 60 Tahun & Ke Atas


  • Mempunyai 3 orang anak atau lebih = RM 900


3) Ibu Bapa Tunggal (IBT) Berpendapatan RM 0 – RM 2,500 Yang Mempunyai Anak – Tiada Had Umur


  • Mempunyai 3 orang anak atau lebih = RM 900


Tarikh Bayaran BKM Fasa 4


Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 4 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat bermula 15 November 2022 (Selasa) dan dijangka selesai pada 18 November 2022 (Jumaat).


Cashout di Kaunter BSN


Penerima tunai adalah individu yang:


  • Tiada akaun bank.

  • Gagal kredit.


Untuk pembayaran secara tunai ini, penerima perlu membawa kad pengenalan semasa menghadiri Cawangan BSN.


Hanya wakil berdaftar sahaja dibenarkan mewakili penerima untuk tunai BKM.


Pastikan anda telah menyemak status kelulusan sebelum datang ke kaunter untuk menerima bayaran tunai BKM.


Maklumat Lanjut Bantuan Keluarga Malaysia


Info lanjut & jumlah bayaran bagi setiap kategori penerima :


  • Hotline BKK LHDNM : 1800 88 2747

  • Hotline BKK MoF : 03 8882 4565

  • Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM

  • e-Mel : bkm@treasury.gov.my

  • Laman web BKM: https://bkm.hasil.gov.my/

  • Laman web Kementerian Kewangan Malaysia (MOF): https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bkm.html

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !