Perdana Menteri baru sahaja membuat sidang media berkenaan Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 4 tadi
Pasti ramai yang ternanti-nanti mengenai tarikh bayarannya kan? Berikut adalah tarikh rasmi yang telah diumumkan oleh Yb Perdana Menteri.
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 4 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat bermula 15 November 2022 (Selasa) dan dijangka selesai pada 18 November 2022 (Jumaat).
Keputusan mempercepatkan pembayaran BKM Fasa 4 daripada Disember 2022 kepada November 2022 adalah bagi membantu penerima untuk menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula pada pertengahan bulan November 2022.
Pembayaran yang bernilai RM2.1 bilion ini akan memanfaatkan seramai 5.2 juta penerima yang terdiri daripada penerima sedia ada kategori isi rumah dan warga emas bujang/tiada pasangan.
Secara keseluruhannya, RM8 bilion telah diperuntukkan untuk BKM yang memanfaatkan 8.7 juta penerima bagi tahun 2022.
Untuk BKM Fasa 4, setiap penerima bakal menerima sehingga RM900 mengikut kategori kelayakan masing-masing. Pembayaran ini merupakan bayaran akhir baki nilai yang sepatutnya diterima pada tahun ini.
Status Permohonan Diterima, Apa Maksudnya?
Sekiranya anda telah membuat permohonan dan kemaskini BKM ini pada bulan Januari yang lalu, status BKM anda akan memaparkan "PERMOHONAN DITERIMA"
Adakah ini bermaksud anda telah lulus BKM dan akan mendapat bayaran pada MAC nanti?
Sebagai makluman, maksud status "PERMOHONAN DITERIMA" bukanlah bermaksud anda telah lulus Bantuan Keluarga Malaysia bagi tahun 2022.
Jika anda semak dalam peti mel dalam MyBKM, akan memaparkan status berikut;
Hal ini bermaksud, permohonan anda belum lagi diluluskan.
Status BKM 2022 anda adalah telah berjaya dihantar dan akan diproses bagi menentukan kelayakan adakah menetapi syarat dan kelayakan pemohon sebagaimana yang telah ditetapkan sebelum ini.
Dalam masa terdekat ini, kerajaan akan memaklumkan Status Permohonan BKM sama ada anda lulus ataupun tidak.
Sekiranya anda lulus, bayaran pertama akan dibuat pada bulan MAC, sebaliknya sekiranya tidak lulus kerajaan dijangka akan membuka permohonan rayuan bagi mereka yang tidak lulus.
Cara Semak Status Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022)
1. Layari https://bkm.hasil.gov.my/
2. Klik Log Masuk
3. Setelah berjaya log masuk, klik Semakan Status.
4. Masukkan No. MyKad dan klik Semak. Isikan semua maklumat bertanda *
5. Klik Teruskan
6. Isi Kod Captcha dan klik Sahkan Captcha
7. Tandakan Perakuan Pemohon Berkenaan
8. Klik Butang Hantar bagi meneruskan permohonan
9. Setelah permohonan berjaya dihantar, klik butang Cetak untuk simpan rekod permohonan.
Rujuk langkah bergambar di bawah:
Kaedah Pembayaran
Pembayaran BKM adalah seperti kaedah pembayaran BPR 2021 / BKC sebelum ini:
i. Ada akaun bank:
1. Berjaya Kredit
Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau
Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR/ BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.
2. Gagal kredit (akaun tidak aktif dan akaun tutup)
Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.
ii. Tiada akaun Bank
Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.
Info dan Pertanyaan Mengenai BKM
Hotline BKM LHDNM: 1-800-88-2747
Hotline BKM MOF: 03-8882 4565/03- 8882 4566
e-Mel: bkm@treasury.gov.my