Bagaimanakah cara untuk semak nombor ahli KWSP? Disini kami akan kongsikan cara untuk semak nombor ahli KWSP kepada anada.
Penting untuk kita mengetahui nombor ahli KWSP, kerana ianya akan diguna untuk membuat urusan berkaitan KWSP seperti, semakan baki, semakan caruman majikan, pinjaman dan banyak lagi.
Terdapat banyak cara untuk menyemak nombor ahli KWSP, sama ada secara online, SMS mahupun manual. Kami akan kongsikan cara-cara tersebut.
Apa itu KWSP?
KWSP merupakan satu skim yang dilancarkan oleh Kerajaan pada tahun 1991 untuk membantu anda menyimpan wang buat hari tua. Menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan boleh dipercayai.
KWSP juga menyediakan sistem yang efisien dan mudah bagi memastikan para majikan memenuhi tanggungjawab undang-undang serta kewajipan moral mereka untuk mencarum kepada KWSP bagi pihak pekerja mereka.
Cara Semakan Nombor Ahli KWSP
Terdapat beberapa cara untuk membuat semakan nombor ahli KWSP iaitu:
1. Semak No KWSP Secara Online
Untuk membuat semakan KWSP menggunakan IC, anda perlu terlebih dahulu mendaftar ke i-Akaun yang disediakan oleh KWSP.
Dengan mendaftar i-Account, ahli boleh mengakses akaun KWSP dan menyemak nombor ahli, menyemak baki Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP, atau urusan lain di rumah atau pejabat.
Untuk makluman, sekiranya anda merupakan pengguna kali pertama i-Akaun, anda perlu mendapatkan ID pengguna dan Kata Laluan terlebih dahulu.
2. Semak No KWSP Di Kios
Nombor KWSP ahli boleh disemak melalui kiosk KWSP dengan cap jari.
Ahli boleh mengunjungi mana-mana Kiosk KWSP untuk mendapatkan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS.
Selepas itu, anda boleh mendaftar i-Akaun dan terus menggunakan kemudahan KWSP sepenuhnya secara online.
3. Semak No KWSP Melalui Telefon
Dengan perkhidmatan telefon, anda boleh membuat semakan nombor ahli.
Telefon: 03 – 8922 6000
Masa Operasi: Isnin – Jumaat 8.00 Pagi ke 5.00 Petang
(Kecuali pada Sabtu, Ahad, Hari Kelepasan AM Persekutuan dan Hari Kelepasan Selangor)
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkaitan perkhidmatan KWSP dan cawangan yang dibuka dalam tempoh PKP, sila rujuk laman web KWSP di pautan berikut: https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks