Bantuan RM400 untuk semua rakyat Malaysia. Namun begitu bantuan ini akan berakhir pada Disember ini, oleh itu, jagan lepaskan peluang untuk memohon bantuan ini.
Shopee dan kerjasama Kementerian Tenaga Sumber Asli (keTSA) melancarkan sebuah bantuan atau baucar kepada pengguna Shopee yang layak.
Ia merupakan sebuah bantuan untuk pembelian barangan elektrik. Program ini bertujuan untuk membantu pengguna Shopee untuk membeli barangan yang terdapat pada baucar tersebut.
Apa itu SAVE 3.0?
Program Save 3.0 adalah merupakan sambungan daripada program Save 1.0 dan 2.0 sebelum ini.
Pembelian tersebut hanya dibenarkan untuk barangan elektrik yang menerima label 4 dan 5 bintang daripada Suruhanjaya Tenaga.
Objektif Bantuan
Pelbagai objektik ke atas pemberian baucar ini termasuklah
Memberi peluang kepada pengguna untuk membeli barangan bertaraf 4 dan 5 bintang.
Meningkatkan jumlah barangan elektrik yang mempunyai 4 dan 5 bintang.
Jumlah Bantuan
Pengguna Shopee berpeluang untuk menerima baucar daripada pihak Shopee berjumlah
- RM 400
Syarat Kelayakan
Warganegara Malaysia
Pemilik akaun elektrik domestik berdaftar dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Nur Power sahaja yang layak
Baucar boleh ditebus melalui kedai elektrik fizikal atau tebus secara dalam talian seperti Shopee, Lazada dan PG Mall
Penerima Save 2.0 tidak layak untuk menerima Kategori 1 Save 3.0
Kategori Baucar
KATEGORI 1
Pembelian peti sejuk / pendingan hawa
Baucar berjumlah RM 200
KATEGORI 2
Pembelian televisyen / mesin basih / ketuhar / gelombang mikro / periuk nasi
Baucar berjumlah RM 50 / RM 100 / RM 200
Cara Tebus
1. Tebus Secara Dalam Talian
Cari Save 3.0 di aplikasi Shopee / PG Mall / Lazada
Bertanya kepada penjual berkenaan baucar tersebut
Sekiranya anda layak, penjual akan memberikan baucar Save 3.0
2. Tebus Melalui Kedai Fizikal
Untuk tebusan secara terus ke kedai elektrik, anda perlu semak terlebih dahulu kedai yang terlibat disini https://www.seda.gov.my/saveprogram/
Hadir bersama kad pengenalan dan bil elektrik ke kedai yang anda pilih.