Bantuan i-Sejahtera RM200 Dibayar Tahun Hadapan Kepada Mereka Yang Layak | Semak Kelayakan Disini!

PELUANG KERJAYA
0

Terdapat banyak jenis bantuan yang telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan untuk membantu meringankan beban rakyatnya, sama ada oleh kerajaan persekutuan atau pun kerajaan negeri, salah satu bantuan tersebut adalah i-Sejahtera.


I-Sejahtera adalah sistem yang dibangun untuk menyaluran pengurusan kebajikan dan penghargaan kerajaan negeri kepada rakyat. 


Orang awam, Pusat Khidmat (KADUN) and Parlimen, Pejabat Masyarakat Penyayang, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN), Pejabat Daerah dan Tanah (PDT), dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM dan PKMD) menggunakan sistem ini untuk urusan program-program kebajikan negeri pada masa akan datang.


Berikut adalah maklumat lanjut mengenai bantuan di bawah program ini:-


Bantuan i-Sejahtera RM200


  • Program Penghargaan Warga Emas: RM200

  • Program Bantuan OKU: RM200


Syarat-syarat Kelayakan


Program Penghargaan Warga Emas


  • Pemohon mestilah berumur 60 tahun ke atas pada tahun semasa mendaftar;

  • Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang.


Program Bantuan OKU


  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia;

  • Pemohon mestilah menetap di Negeri Pulau Pinang;

  • Pemohon mestilah seorang OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.


Cara Membuat Pendaftaran i-Sejahtera


Pendaftaran boleh dilakukan secara atas talian. Pendaftaran secara online boleh melayari laman web rasmi iSejahtera di https://isejahtera.penang.gov.my/


Untuk tarikh pembayaran bantuan ini, ia akan dilaksanakan secara berperingkat.


Pemohon akan menerima bantuan pada tahun yang sama pendaftaran namun, pendaftaran pemohon hendaklah lengkap dan disahkan sebelum 30 Jun setiap tahun.


Manakala, bagi permohonan yang dibuat selepas 30 Jun pula, pemohon akan menerima bayaran caruman pada tahun berikutnya.

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !