Bantuan BMT Telah Dinaikkan RM800 Dan Dipercepatkan Kepada Bulan November | Semak Senarai Penerima

PELUANG KERJAYA
0
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Mugkin ramai diantara kita yang menantikan bantuan kewangan dari kerajaan, ini berita gembira buat anda kerana masih terdapat beberapa pakej bantuan kewangan yang akan disalurkan oleh pihak yang Kerajaan.


Di masa-masa yang sukar ini terdapat banyak jenis bantuan yang telah diumumkan, bukan sahaja Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kerajaan telah menambahbaik dan meluluskan pelbagai pakej bantuan kewangan yang merangkumi semua kategori.


Salah satu daripadanya adalah bantuan BMT yang dinaikkan yang mungkin ramai tidak tahu, namun mereka layak mendapatkannya.


Kadar Bantuan BMT


Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) dinaikkan tahun ini sebanyak RM800 akan disalurkan masing-masing RM200 menerusi empat peringkat (bulan)


Tarikh Bayaran


November hingga Februari tahun depan kepada pekebun dan penoreh getah yang layak.


Senarai Penerima


Berikut adalah dua kategori dengan syarat kelayakan yang berbeza. Ini adalah penerangannya secara lebih terperinci:


1. Syarat Kelayakan Bagi Pekebun Kecil RISDA


  • Warganegara Malaysia

  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA

  • Keluasan 0.1 hektar sehingga 2.5 hektar

  • Pemilik tanah yang sah

  • Seorang penerima sahaja untuk 1 lot tanah


2. Syarat Kelayakan Bagi Penoreh Bukan Pemilik


  • Warganegara Malaysia

  • Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA

  • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar

  • Pengesahan pemilik tanah yang sah

  • Seorang penerima sahaja untuk 1 lot

  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah


Cara Semakan


Untuk semakan, penerima boleh memasukkan nombor kad pengenalan di pautan berikut: https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/


Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !