Hampir kesemua pencarum KWSP sangat menuntut untuk
Pengeluaran Khas KWSP 2.0 telah dilaksanakan secepat mungkin. Mungkin ada yang
setuju dan ada juga yang menolaknya. Malah, ia terpulang kepada individu
masing-masing.
Pengeluaran Khas KWSP 2.0
Mungkin ada juga diantara kita terlalu mengharapkan
Pengeluaran Khas KWSP dibuat sekali lagi, disebabkan kenaikan harga barang yang
berlaku.
Tidak dinafikan ramai yang mengeluh begitu sukar dan
begitu lama duit masing-masing tersimpan dalam kantung dengan caruman yang
dilakukan melalui I-akaun KWSP online
Tetapi tahukah ada banyak jenis pengeluaran yang
boleh anda lakukan selagi mana mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh pihak
KWSP.
Sebenarnya anda dibenarkan untuk melakukan
pengeluaran KWSP dari akaun 2 untuk tujuan peribadi anda sendiri dan tujuan
untuk membina atau ubah suai rumah, untuk peribadi, pendidikan dan lain-lain.
Pengeluaran Akaun 2 KWSP Dibenarkan
Malah, para pencarum masih berpeluang untuk membuat
pengeluaran KWSP melalui akaun 2 untuk tujuan peribadi yang memang dibenarkan
sejak masa lalu lagi.
Menurut adalah jenis pengeluaran yang dibenarkan yang
menggunakan wang simpanan akaun 2 KWSP.
1) Pengeluaran Untuk Pendidikan
Terbuka pada yang ingin menyambung pengajian ke
peringkat pengajian tinggi yang perlu membayar yuran untuk menikmati kemudahan
universiti atau kolej.KWSP akan memberikan pilih dan kemudahan pengeluaran
untuk menampung pembayaran yuran anak anda.
SYARAT KELAYAKAN DAN MAKLUMAT LANJUT
2) Pengeluaran Untuk Pembelian Rumah
Kemudian, pihak KWSP turut memberikan kemudahan
kepada ahlinya untuk memiliki rumah pertama sendiri sama ada melalui pembinaan
rumah sendiri, rumah lelong dan juga seperti rumah subsale atau beli melalui
rumah mesra rakyat yang disediakan oleh pihak kerajaan.
SYARAT KELAYAKAN DAN MAKLUMAT LANJUT
3) Pembayaran Rawatan Perubatan
Sekiranya korang sedang menghadapi masalah kesihatan
melibatkan 36 penyakit kritikal, anda boleh membuat pengeluaran menggunakan
akaun 2 bagi menampung kos perubatan dan alat kesihatan.
SYARAT KELAYAKAN DAN MAKLUMAT LANJUT
4) Pembayaran Ibadah Haji
Untuk mengurangkan bebanan anda perlu juga untuk
menunaikan haji, duit daripada akaun anda boleh dikeluarkan dengan membuat
permohonan pengeluaran KWSP i-Akaun untuk perbelanjaan haji dan tujuan daftar
haji dengan Lembaga Tabung Haji.
SYARAT KELAYAKAN DAN MAKLUMAT LANJUT
Cara Semak Baki Akaun KWSP
Berikut adalah merupakan cara untuk anda melakukan
semakan baki akaun KWSP milik anda:
1. Sila Log Masuk ke i-Akaun di laman
https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
2. Selepas login dengan kata laluan baru, anda boleh
terus melakukan semakan pada penyata anda.
3. Untuk membuat semakan baki Akaun KWSP, sila terus
klik pada pautan 'Penyata Tahun Semasa / Tahun Sebelumnya'
4. Baki simpanan Akaun-1 dan Akaun-2 KWSP anda akan
dipaparkan.
5. Anda boleh cetak sekiranya dirasakan perlu.