TERKINI – Bantuan RM600 Bulan November, Semak Senarai Penerima . Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai
jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan melalui agensi-agensinya.
Antaranya termasuklah sebuah bantuan melalui RISDA
yang melibat pemberian bantuan kewangan sebanyak RM600 untuk dua fasa. Ia
adalah bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT). Berikut
adalah maklumat lanjut berkenaan BMT:
Syarat-syarat Kelayakan
·
Warganegara Malaysia;
·
Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA;
·
Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar;
·
Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau
pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik;
·
1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja (sama ada
pemilik tanah atau penoreh);
·
Seorang penerima hanya layak menerima bantuan sekali
sahaja;
·
Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang
masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).
Tarikh Bayaran
Seperti mana yang dimaklumkan di awal tadi,
pembayaran BMT akan melibatkan dua fasa atau secara tepatnya, RM300 bagi setiap
fasa. Tarikh pembayarannya pula adalah bulan November dan Disember 2022.
Cara Memohon
Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang
ditetapkan, permohonan BMT boleh dikemukakan secara atas talian (online) di
portal Pekebun Kecil Makmur RISDA.
Pemohon Pekebun Kecil yang menyertai program tanam
semula RISDA atau bukan di bawah mana-mana Agensi hendaklah menyertakan
dokumen-dokumen sokongan berikut :
·
Kad Pengenalan pemohon dan salinan;
·
Geran asal tanah dan salinan;
·
Salinan buku akaun bank yang aktif
Manakala, Pemohon Penoreh Bukan Pemilik pula
hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen sokongan berikut:
·
Kad Pengenalan pemohon dan salinan;
·
Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah;
·
Salinan geran lot yang ditoreh;
·
Salinan buku akaun bank yang aktif;
·
Salinan Kad PAT-G yang masih masih sah atau slip
pengaktifan Kad PAT-G;
·
Surat pengesahan daripada pemilik tanah / wakil yang
sah.
Bagi maklumat lengkap dan terperinci berkenaan BMT,
sila rujuk 👉– DI SINI.