PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan
19 November 2022 sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Sementara itu, tarikh penamaan calon dan pengundian
awal masing-masing ditetapkan pada 5 dan 15 November 2022.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh ketika
mengumumkan tarikh-tarikh penting itu berkata, Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan
Undangan Negeri (DUN) N66 Bugaya, Sabah akan turut diadakan serentak dengan
PRU15.
Berdasarkan tarikh-tarikh yang diumumkan, tempoh
berkempen akan berlangsung selama 14 hari bermula selepas hari penamaan calon
pada 5 Nov.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar PRU15 di
Menara SPR, di sini pada Khamis.
Terdahulu, Abdul Ghani mempengerusikan mesyuarat khas
SPR untuk menentukan tarikh-tarikh penting PRU15 selepas Perdana Menteri Datuk
Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat berkuat kuasa 10
Oktober lalu.
BERITA LANJUT MENYUSUL