Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan bantuan
tunai kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi
meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Bantuan
Keluarga Malaysia (BKM) telah diumumkan dalam bajet 2022 dan akan memberi
manfaat kepada semua isi rumah B40 & M40, warga emas dan bujang.
Untuk pengetahuan, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
akan dibuat secara berperingkat iaitu melibatkan 4 fasa dalam setahun. Kadar
bayaran bagi setiap fasa adalah berbeza mengikut kategori penerima bantuan.
Kerjaan juga turut menyediakan bayaran BKM tambahan kepada beberapa kategori
yang layak.
Siapakah yang bakal menerima bayaran BKM Tambahan dan
bilakah tarikh bayaran BKM Tambahan?
Kadar Tambahan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
Kadar tambahan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) hanya
diberikan kepada penerima isi rumah berikut :
·
Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah
berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat atau;
·
Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah
berstatus warga emas yang mempunyai anak menepati syarat.
Semakan Kelayakan BKM Tambahan
Macam mana nak tahu kalau anda layak menerima BKM
Tambahan?
Untuk makluman anda, anda boleh melakukan semakan
secara online melalui laman khas Bantuan Keluarga Malaysia.
Berikut adalah merupakan cara melakukan semakan kelayakan
BKM Tambahan :
1. Layari laman
web https://bkm.hasil.gov.my/account/Login.aspx
2. Masukkan
nombor kad pengenalan dan klik ‘SEMAK’.
3. Sahkan kata
kunci keselamatan anda dan klik YA jika betul.
4. Masukkan kata
laluan yang didaftarkan sebelum ini dan klik Log Masuk.
5. Klik semakan
status untuk semak status permohonan.
6. Status
permohonan beserta jumlah bayaran bantuan diluluskan atau dipaparkan.
Jika tiada maklumat BKM tambahan dipaparkan di laman
semakan anda, ini bermakna anda tidak layak untuk menerima bayaran BKM
tambahan.
Tarikh Bayaran BKM Tambahan
Berikut adalah tarikh pembayaran bagi BKM Tambahan
bagi penerima yang layak :
Fasa 1: 28 Mac 2022
Fasa 2: 27 Jun 2022 (Pengkreditan dilakukan sehingga
bulan Julai 2022)
Fasa 3: September 2022
Fasa 4: Disember 2022
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkaitan Bantuan Keluarga
Malaysia (BKM) tambahan, anda boleh rujuk di laman www.bkm.hasil.gov.my. Sebarang
pertanyaan, anda boleh hubungi talian BKK LHDNM di 1-800-88-2747