Siapa Kata Liga Malaysia Liga 'Cap Ayam'?JDT Nombor Dua Di ASEAN

PELUANG KERJAYA
0

 

Musim 2022 jelas menjadi musim terbaik buat wakil negara selepas tiga pasukan Liga Malaysia (Liga M) tersenarai sebagai 10 pasukan terbaik ASEAN bagi pertandingan peringkat Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

 

Musim 2022 jelas menjadi musim terbaik buat wakil negara selepas tiga pasukan Liga Malaysia (Liga M) tersenarai sebagai 10 pasukan terbaik ASEAN bagi pertandingan peringkat Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

 

Menerusi laman ASEAN Football, tiga pasukan negara itu adalah Johor Darul Ta'zim (JDT) yang beraksi dalam Liga Juara Juara Asia (ACL) sementara dua lagi adalah yang beraksi di Piala AFC iaitu KL City FC dan Kedah Darul Aman (KDA) FC.

 

Skuad Harimau Selatan yang mencipta sejarah mara ke pusingan kalah mati buat kali pertama berada di tangga kedua apabila menyumbang 16.00 mata buat Malaysia.

 

Daripada tujuh perlawanan di saingan elit Asia itu, JDT memenangi empat perlawanan, seri satu perlawanan dan tewas dua perlawanan.

 

KL City FC yang turut menempa rekod tersendiri dengan muncul sebagai naib juara Piala AFC 2022 pula berada di tangga ketiga selepas menyumbang 10.84 mata.

 

Skuad bimbingan Bojan Hodak itu mengharungi tujuh perlawanan dan hanya tewas sekali - ia memeritkan kerana kekalahan tunggal terbabit dilakar di final Piala AFC menentang wakil Oman, Al Seeb.

 

Sekalipun sekadar melangkah ke separuh akhir Piala AFC Zon ASEAN, KDA FC turut menyumbangkan 3.76 mata buat Malaysia untuk berada di tangga kelapan dalam senarai terbabit.

 

Selain itu, antara pasukan lain yang tersenarai adalah BG Pathum United (ACL) yang mengungguli tempat pertama dengan 19.50 mata, disusuli Lion City Sailors (ACL) di tangga keempat dengan 7.00 mata serta Viettel FC (Piala AFC) di tangga kelima dengan 5.60 mata.

 

Tempat keenam sehingga ke-10 adalah PSM Makassar, Hoang Anh Gia Lai, Hougang United, Bali United dan Visakha.- BeritaHarian

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !