Senarai Bantuan-bantuan Kerajaan Pada Bajet 2022

PELUANG KERJAYA
0



Seperti sedia maklum, bajet 2023 akan dibentangkan tidak lama lagi. Namun begitu, kerajaan telah banyak memperkenalkan bantuan-bantuan untuk rakyat pada bajet 2022 sebelum ini.

 

Pada 7 Oktober ini, Menteri Kewangan, Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan membentangkan bajet 2023 di Dewan rakyat. Sudah pasti ramai yang ternanti-nanti, bantuan yang akan disalurkan oleh kerajaan pada tahun hadapan, diharap ianya akan dapat membantu kita semua.

 

Pada masa yang sama, jagan pula kita lupa bantuan yang telah disalurkan dan berjaya membantu rakyat Malaysia pada bajet 2022 yang lalu, selain Bantuan Keluarga Malaysia BKM, ini senarai bantuan-bantuan yang telah disalurkan pada bajet 2022:

 

E-Wallet RM150 ‘one-off’

 

Pada Program E-Pemula, terdapat sebuah bantuan kewangan berbentukan e-Wallet sebanyak RM150 secara ‘one-off’ yang diberikan kepada para belia berumur 18 hingga 20 tahun yang juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi. Tempoh tarikh tuntutan kredit tersebut adalah dari 11 April 2022 sehingga 1 Jun 2022. Kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 10 Jun 2022.

 

BAP RM150 ‘one-off’

 

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) pula melibatkan sumbangan wang tunai sebanyak RM150 secara ‘one-off’ untuk meringankan beban kewangan ibu bapa/penjaga untuk persediaan awal persekolahan kank-kank. Pembayaran BAP untuk tahun 2022 telah pun selesai.

 

Pakej Perjalanan My50

 

Pakej ini merupakan pas perjalanan tanpa had selama tiga puluh hari untuk Rapid KL LRT, MRT, Monorail, BRT, bas Rapid KL dan bas perantara MRT di Lembah Klang dengan nilai hanya RM50. Manakala, Pas My50 Mutiara pula menawarkan tiga puluh hari perjalanan tanpa had untuk semua warganegara yang menggunakan servis bas Rapid Penang.

 

Program Baucar RM75 Perlindungan Tenang (PTV)

 

PTV pada mulanya merupakan skim bantuan kewangan untuk memperluas perlindungan sosial kepada golongan berpendapatan rendah. Caranya adalah dengan pemberian baucar RM75 diberi kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 yang layak bagi membantu mereka membeli produk Perlindungan Tenang daripada syarikat insurans dan pengendali takaful berlesen.

 

Bantuan Tablet Percuma

 

Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia adalah inisiatif bagi menyediakan peranti (tablet) untuk mahasiswa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40.

 

Untuk maklumat lanjut soal bantuan dan inisiatif kerajaan pada bajet 2022 boleh lah merujuk pada portal rasmi bajet 2022 kerjaan Di Sini.

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !