SHAH ALAM: Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Selangor
(PGIR) mencadangkan agar kerajaan membenarkan pengeluaran wang khas daripada Para
pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengikut kategori dan keperluan untuk
mengurangkan beban kehidupan sekarang.
Peng3rusinya, Azmi Mohd Tahir, berkata peng3luaran
khas KWSP 2.0 ini sangat diperlukan golongan B40, M40, Ada diantara mereka yang
diberhentikan kerja dan begitu juga ibu tunggal di seluruh negara.
"Bagi suri rumah dan ibu tunggal yang tidak
mempunyai pekerjaan tetap serta tidak aktif lagi mencarum, kita berharap mereka
dibenar mengeluarkan semua simpanan persaraannya.
"Ini bagi membantu mereka menyara kelangsungan
hidup yang semakin terhimpit, di samping membantu ekonomi keluarga dan kemajuan
pendidikan anak mereka.
"Masalah sama dialami bekas pekerja swasta yang
tidak lagi mencarum kerana diberhentikan kerja secara sukarela, baru berhenti
dan tidak mempunyai pekerjaan tetap serta sukar mendapat pekerjaan disebabkan
faktor usia dan kesihatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Azmi berkata, pencarum B40 dan M40 yang masih lagi aktif
mencarum berusia 54 tahun ke bawah dan mempunyai simpanan dalam Akaun 1
melebihi RM20,000 sepatutnya dibenar mengeluarkan 30 peratus daripada akaun
berkenaan.
"Pengeluaran ini mengikut keperluan bagi meneruskan
kelangsungan hidup untuk mengatasi masalah ekonomi yang tidak menentu dan
peningkatan harga barang berterusan memandangkan sehingga kini pihak kerajaan
masih gagal menanganinya dengan baik.
"Bagi pencarum B40 dan M40 yang aktif mencarum
serta mempunyai baki simpanan di Akaun 1 kurang RM20,000 mereka seharusnya
dibenar mengeluarkan keseluruhan simpanan dan meninggalkan baki RM200 dalam
Akaun 1 dan 2," katanya. - Bharian