Pesanan TMJ Buat Arif Aiman

PELUANG KERJAYA
0

KUALA LUMPUR: Pemilik pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengharapkan bintang sensasinya, Arif Aiman Hanapi supaya terus merendah diri dan kekal berdisiplin.

Itu antara pesanan dititipkan Tunku Ismail kepada bintang sedang meningkat itu menerusi komen di laman Instagram Arif Aiman.

"Bagus Arif. Kekal merendah diri dan tetap berdisiplin. Kau masih muda dan perjalanan masih jauh.

"Aku berdoa semoga Allah sentiasa berkati kau dan kurniakan banyak lagi rezeki dan kejayaan. Jaga diri," kata Tunku Ismail.
Nasihat itu turut dibalas Arif yang bertekad untuk sentiasa mengingati pesanan Tunku Ismail.

"Junjung kasih Tunku atas segalanya. Saya akan sentiasa ingat semua pesanan Tunku. Insya Allah," katanya.

Sebagai rekod, Arif Aiman berjaya membantu skuad Harimau Selatan meraih tiga piala musim ini iaitu Piala Sultan Haji Ahmad Shah, Piala FA dan juga Liga Super.

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !