Oleh kerana dalam pembentangan Belanjawan 2023 di
Dewan Rakyat baru-baru ini tidak membentangkan isu Pengeluaran Khas KWSP 2.0
ini. Dilihat ramai yang ternanti-nanti apa yang akan jadi seterusnya.
Dapat dilihat melalui komen-komen di media sosial,
hampir semua pencarum KWSP mendesak Pengeluaran Khas KWSP 2.0 agar dapat
dilaksanakan secepat mungkin. Sehingga kini, kerajaan dan pihak KWSP masih
tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berkaitan isu ini.
PENGELUARAN KHAS KWSP 2.0
Mungkin ada juga diantara kita terlalu mengharapkan
Pengeluaran Khas KWSP dibuat sekali lagi, disebabkan kenaikan harga barang yang
berlaku.
Tidak dinafikan ramai yang mengeluh begitu sukar dan
begitu lama duit masing-masing tersimpan dalam kantung dengan caruman yang
dilakukan melalui I-akaun KWSP online
Tetapi tahukah ada banyak jenis pengeluaran yang
boleh anda lakukan selagi mana mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh pihak
KWSP.
Sebenarnya anda dibenarkan untuk melakukan
pengeluaran KWSP dari akaun 2 untuk tujuan peribadi anda sendiri dan tujuan
untuk membina atau ubah suai rumah, untuk peribadi, pendidikan dan lain-lain.
PENGELUARAN AKAUN 2 KWSP DIBENARKAN
Malah, para pencarum masih berpeluang untuk membuat
pengeluaran KWSP melalui akaun 2 untuk tujuan peribadi yang memang dibenarkan
sejak masa lalu lagi.
Menurut adalah jenis pengeluaran yang dibenarkan yang
menggunakan wang simpanan akaun 2 KWSP.
1) Pengeluaran Untuk Pendidikan
Terbuka pada yang ingin menyambung pengajian ke
peringkat pengajian tinggi yang perlu membayar yuran untuk menikmati kemudahan
universiti atau kolej.KWSP akan memberikan pilih dan kemudahan pengeluaran
untuk menampung pembayaran yuran anak anda.
SYARAT KELAYAKAN DAN MAKLUMAT LANJUT
2) Pengeluaran Untuk Pembelian Rumah
Kemudian, pihak KWSP turut memberikan kemudahan
kepada ahlinya untuk memiliki rumah pertama sendiri sama ada melalui pembinaan
rumah sendiri, rumah lelong dan juga seperti rumah subsale atau beli melalui
rumah mesra rakyat yang disediakan oleh pihak kerajaan.
SYARAT KELAYAKAN DAN MAKLUMAT LANJUT
3) Pembayaran Rawatan Perubatan
Sekiranya korang sedang menghadapi masalah kesihatan
melibatkan 36 penyakit kritikal, anda boleh membuat pengeluaran menggunakan
akaun 2 bagi menampung kos perubatan dan alat kesihatan.
SYARAT KELAYAKAN DAN MAKLUMAT LANJUT
4) Pembayaran Ibadah Haji
Untuk mengurangkan bebanan anda perlu juga untuk
menunaikan haji, duit daripada akaun anda boleh dikeluarkan dengan membuat
permohonan pengeluaran KWSP i-Akaun untuk perbelanjaan haji dan tujuan daftar
haji dengan Lembaga Tabung Haji.