Mohon Bantuan Tunas, RM50 Setiap Bulan | Mohon Sekarang!

PELUANG KERJAYA
0

Pada masa-masa yang mencabar untuk rakyat ini, pihak Kerajaan datang dengan banyak jenis Insentif dan bantuan yang diperkenalkan untuk rakyat, daripada Kerajaan Negeri ataupun Persekutuan.


Lebih-lebih lagi untuk Kanak-kanak yang sedang bersekolah. Kerajaan amat mengambil berat gologan ini terutamanya yang dalam keadaan keluarga susah memerlukan bantuan.


Oleh itu, terkini Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan sebuah Insentif iaitu Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) yang melibatkan pemberian RM50 setiap bulan kepada mereka yang layak.


Program ini adalah bertujuan untuk membantu meringankan beban ibu bapa bagi membayar yuran TADIKA anak-anak. Bantuan ini akan disalurkan terus kepada Tabika yang mempunyai sijil pendaftaran daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), dan Jabatan Perpaduan Negara (JPN).


Syarat-syarat Kelayakan


  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia

  • Pemohon mestilah sama ada:

  • Ibu atau bapa yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor;

  • Atau anak yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor;

  • Atau ibu dan bapa yang bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun. Perlu mendapat pengesahan bermastautin daripada Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi Taman Perumahan / Senator / ADUN / Ahli Majlis Pihak

  • Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal;

  • Pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah;

  • Suami dan isteri bekerja atau tidak bekerja;

  • Anak yang berumur 5 dan 6 tahun sahaja;

  • Untuk anak yang belajar di TADIKA BERDAFTAR sahaja (Senarai DI SINI).


Cara Memohon


Kepada anda yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan kewangan ini boleh anda dikemukakan secara atas talian (online) melalui Portal Rasmi TUNAS. Selepas itu, pemohon perlu mencetak Borang Permohonan yang lengkap diisi dan dilampirkan bersama:


  • Salinan Sijil Lahir / Mykid Anak;

  • Salinan MyKad Ibu;

  • Salinan MyKad Bapa;

  • Salinan Perakuan Anak Angkat / Sijil Kematian / Sijil Cerai (Jika Perlu);

  • Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Pendapatan IBU Sekiranya Ibu Tidak Bekerja *Perlu pengesahan oleh Penghulu /Ketua Kampung / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat;

  • Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Pendapatan BAPA sekiranya Bapa Tidak Bekerja*Perlu pengesahan oleh Penghulu /Ketua Kampung / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat;

  • Cop Pengesahan Tadika Tempat Anak Belajar;

  • Bagi Pemohon Yang Bukan Kelahiran Selangor, Berikut Adalah Dokumen Tambahan Yang Perlu Dilampirkan

  • Salinan Bil Air / Bil Elektrik / TM / ASTRO / Muka Depan Buku Merah ibu;

  • Cop Pengesahan Bermastautin(Bagi Permohonan Baru Sahaja)


Dokumen itu hendaklah dihantar dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran atas talian dilakukan ke emel pendaftarantunas@gmail.com atau ke alamat:


Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas),

Aras 5, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor,

Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7

Persiaran Kayangan

40000 Shah Alam,

Selangor Darul Ehsan.


Maklumat lebih teliti dan permohonan boleh dirujuk  DI SINI.


Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !