Permohonan di bawah Program PerantiSiswa fasa 2
dibuka bermula 1 Ogos, bagi pelajar B40 yang akan memasuki institusi pengajian
tinggi tidak lama lagi.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar
Musa, berkata melalui permohonan yang akan dibuka selama 60 hari itu, kerajaan
bersetuju untuk memperluas kelayakan bagi pemohon yang memasuki Institut
Pendidikan Guru (IPG) dan Kolej Matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan,
berbanding hanya untuk pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta
sebelum ini.
"Bagi fasa kedua, mereka yang datang daripada
keluarga B40 dengan pendapatan isi rumah di bawah RM4,850 sebulan, layak untuk
membuat permohonan secara atas talian.
Inisiatif Kerajaan ini adalah bagi memastikan tiada
golongan yang tercicir dalam kemajuan teknologi dan dapat beradaptasi dalam
menghadapi kemunculan ekosistem digital pada masa hadapan.
Apa itu PerantiSiswa Keluarga Malaysia?
Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia merupakan
inisiatif untuk menyediakan peranti kepada mahasiswa Institusi Pendidikan
Tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 bagi memastikan proses
pengajian para mahasiswa terus terpelihara.
Inisiatif ini diteruskan untuk fasa 2 yang dibuka
selama 60 hari bermula 1 Ogos 2022.
Berita Baik! PerantiSiswa 2022 merupakan satu
initiatif yang diumumkan dalam Bajet 2022 telah memperuntukkan sebanyak RM450
juta untuk membantu 600 ribu pelajar-pelajar IPT yang kurang berkemampuan dalam
kategori B40 untuk mendapatkan satu peranti tablet secara percuma bagi tujuan
pembelajaran.
·
Spesifikasi Tablet Yang Dibekalkan
·
Skrin 10.1” Paparan FHD, 1280×800.
·
Android OS 10 dan ke atas.
·
4G LTE (menyokong frekuensi LTE telco di Malaysia).
·
Minimum RAM 4GB.
·
Minimum storan 64GB.
·
Slot SD Micro sehingga 256GB.
·
Kamera hadapan minimum 2MP.
·
Kamera belakang minimum 5MP.
·
Pembesar suara terbina dalam dan bicu audio 3.5mm
untuk headset.
·
Bluetooth 4.1 dan ke atas.
·
WiFi 2.4GHz & 5Ghz.
·
Bateri minimum 4500 mAh.
·
Pengecas USB disertakan.
·
Papan kekunci bluetooth disertakan.
·
Pen stylus disertakan.
Syarat Kelayakan Pakej PerantiSiswa
Pelajar institut pengajian tinggi (IPT) sepenuh masa
yang berada dalam kelompok keluarga B40 iaitu keluarga yang mempunyai purata
bulanan pendapatan seisi rumah di bawah RM4,850 layak memohon inisiatif ini.
Mahasiswa yang belajar di peringkat pengajian berikut:
·
Diploma, diploma lanjutan dan ijazah sarjana muda
daripada universiti awam (UA)
·
Politeknik
·
Kolej Komuniti
·
Institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di bawah
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
Tempoh Permohonan Fasa 2 Perantisiswa
Permohonan PerantiSiswa fasa kedua boleh dibuat
secara online mulai 1 Ogos 2022 pautan
https://perantisiswa.kkmm.gov.my/
Permohonan dibuka selama 60 hari iaitu sehingga 30
September 2022.