Permohonan Bantuan Kehidupan Sejahtera RM300 Untuk
B40
Bantuan BINGKAS ataupun Bantuan Kehidupan Sejahtera
Selangor diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada melalui Kerajaan Pusat atau
Negeri bagi meringankan beban mereka yang memerlukan.
Tujuan utama adalah untuk mengiktiraf peranan penting
ketua keluarga yang tidak mengenal penat lelah untuk mengurus hal ehwal
keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak sewaktu mengharungi pasca
pandemik.
Menurut Menteri Besar Selangor, Y.A.B. Dato’ Seri
Amirudin Bin Shari, program ini meluaskan capaian dan menambahbaik Program
Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan Program Kasih Ibu Smart Selangor Ibu
Tunggal (KISS IT) supaya manfaatnya dapat dirasai bukan sahaja golongan ibu
tetapi juga anggota keseluruhan keluarga.
Tujuan Bantuan BINGKAS Online
Program bantuan ini bertujuan untuk meluaskan lagi
capaian dan menambah baik Program Kasih Ibu Pintar Selangor (KISS) dan Program
Kasih Ibu Tunggal Smart Selangor (KISS IT) agar manfaatnya dapat dirasai bukan
sahaja oleh golongan ibu tetapi juga dapat dirasai oleh ahli keluarga yang
lain.
Sasaran program ini adalah untuk 30,000 keluarga
dengan bantuan RM 300 akan diberikan setiap bulan bagi menampung pembelian
keperluan asas serta peralatan pendidikan.
Syarat Pendaftaran
Pemohonan dibuka untuk:
·
Warganegara Malaysia.
·
Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi
10 tahun.
·
Pemilih berdaftar di Selangor.
·
Tanggungan berumur 18 tahun ke bawah.
·
Pendapatan isi rumah adalah di bawah RM3,000/sebulan.
Cara Permohonan BINGKAS Online 2022
Untuk memohon, sila layari laman web BINGKAS untuk
mengemaskini nombor telefon terkini dan mendaftar.
1. Pergi ke laman rasmi : https://www.bingkasselangor.com/log-masuk
2. Masukkan nombor telefon anda.
3. Isi setiap maklumat yang diperlukan.
4. Hantar permohonan.